PAC syor pegangan saham tempatan MAHB dikekalkan sekurang-kurangnya 70 peratus

KUALA LUMPURJawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan pegangan saham tempatan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang dimiliki Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikekalkan sekurang-kurangnya pada paras 70 peratus bagi menjamin kepentingan strategik negara.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, langkah itu penting bagi memastikan kawalan terhadap aset strategik negara terus kekal di tangan tempatan.

Pendekatan itu, katanya, sekali gus memelihara aspek kedaulatan dan kepentingan nasional susulan perubahan struktur pemilikan MAHB.

“Bagi mengekalkan kawalan strategik negara, pegangan saham tempatan yang digabungkan di bawah Khazanah dan KWSP mestilah dikekalkan sekurang-kurangnya pada paras 70 peratus.

“PAC juga mengesyorkan sebarang perubahan terhadap struktur pemilikan ekuiti atau pelupusan aset strategik MAHB pada masa hadapan perlu mendapat kelulusan Jemaah Menteri secara telus,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Menurut Mas Ermieyati, PAC mencadangkan MAHB memperkukuh kerjasama strategik dengan Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pengangkutan (MOT).

“Selain itu, turut melibatkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Komunikasi bagi menyelaras pembangunan industri penerbangan negara,” katanya.

Katanya, jawatankuasa itu turut mengesyorkan penglibatan lebih awal pemegang taruh industri, khususnya syarikat penerbangan tempatan, dalam perancangan pembangunan infrastruktur supaya kemudahan yang dibina memenuhi keperluan operasi sebenar.

“Bagi meningkatkan kecekapan operasi, MAHB disaran mewujudkan mekanisme perundingan secara berkala dengan syarikat penerbangan utama agar setiap perancangan pembangunan dibuat secara lebih inklusif dan tidak bersifat unilateral.

“Dari segi ketelusan, PAC mengesyorkan MAHB terus menerbitkan laporan prestasi operasi serta petunjuk prestasi utama (KPI) perkhidmatan secara berkala kepada umum, walaupun selepas syarikat itu dinyahsenaraikan,” katanya.

Pada masa sama, tambahnya, MOF dan MOT disaran memastikan MAHB mengemukakan laporan berkala mengenai kemajuan fizikal dan aliran tunai projek berimpak tinggi seperti Aerotrain, Sistem Pengendalian Bagasi (BHS) serta projek pembesaran lapangan terbang bagi tujuan pemantauan.

Related Posts

Sultan Selangor: Kejayaan LRT3 hasil kerjasama pelbagai pihak, bukan milik mana-mana individu

KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam merupakan hasil kesinambungan perancangan, komitmen dan kerjasama pelbagai pihak merentasi beberapa pentadbiran, bukannya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jumlah murid Melayu daftar SJKC dan SJKT meningkat 

KUALA LUMPUR – Trend peningkatan berterusan pendaftaran murid Melayu jelas dengan pendaftaran 41,133 murid Melayu di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di seluruh negara sehingga 31 Mei lalu.   Menteri Pendidikan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan