Kejohanan 4×4 Challenge perkasa Ranau sebagai destinasi pelancongan khususnya sukan lasak

RANAU – Kejohanan Pacuan Empat Roda (4×4 Challenge) berpotensi menjadi acara tahunan bertaraf nasional dan antarabangsa, sekali gus memperkukuh kedudukan Ranau sebagai destinasi sukan lasak serta pelancongan pengembaraan utama di Malaysia.

Timbalan Ketua Menteri II Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, penganjuran kejohanan itu bukan sahaja menjadi platform menghimpunkan komuniti sukan permotoran, malah medium berkesan mempromosikan keunikan alam semula jadi dan potensi pelancongan Ranau kepada peserta serta pengunjung dari dalam dan luar negara.

“Kejohanan berasaskan pengembaraan dan sukan lasak ini bukan sahaja dapat memperkenalkan keunikan alam semula jadi serta kepelbagaian budaya daerah itu kepada peserta dan pengunjung dari dalam serta luar negara tetapi turut merangsang ekonomi setempat apabila kehadiran peserta, kru dan pengunjung.

“Ia memberi limpahan manfaat kepada pelbagai sektor, termasuk pengusaha hotel, homestay, restoran, gerai makanan, perkhidmatan pengangkutan serta usahawan kecil di sekitar Ranau,” katanya ketika merasmikan kejohanan 5th KGR International 4×4 Offroad Challenge 2026 di Tomporog, Lohan, di sini baru-baru ini.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Johari Suhaimin.

Masidi yang juga Menteri Kewangan Sabah, menyeru agar kerjasama antara kerajaan, penganjur, sektor swasta dan komuniti terus diperkukuhkan bagi membolehkan lebih banyak program berimpak tinggi dianjurkan pada masa hadapan.

“Kerajaan Negeri Sabah terus komited menyokong penganjuran program berasaskan komuniti yang bukan sahaja menggalakkan penyertaan dalam aktiviti sukan lasak, malah mampu merancakkan sektor pelancongan dan menjana pertumbuhan ekonomi di peringkat akar umbi,” kongsinya.

Pada masa sama, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan merakamkan penghargaan kepada KGR serta semua pihak yang menjayakan kejohanan itu.

Sementara itu, Presiden KGR, Ardie Zainurin berkata, kejohanan tersebut berjaya menghimpunkan seramai 32 peserta termasuk penyertaan dari Miri, Sarawak serta Brunei Darussalam, sekali gus membuktikan daya tarikan dan potensi kejohanan itu di peringkat serantau.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua peserta atas semangat kesukanan yang dipamerkan sepanjang pertandingan serta merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penaja, rakan strategik, urus setia, sukarelawan dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan penganjuran kejohanan itu.

“Semoga kerjasama ini dapat diteruskan dan kejohanan ini akan kembali dengan lebih meriah pada masa akan datang,” ujarnya.

Dalam kejohanan itu, Jonathan Roy dan Anto dari Kota Kinabalu dinobatkan sebagai juara, manakala Mohd Izzat dan Mohd Iman dari Beaufort muncul naib juara.

Manakala, tempat ketiga menjadi milik pasangan tuan rumah, Hijab Masinin dan Hazizi Masinin, diikuti Mohd Adlizan Paimin dan Mohd Khairu Rizal, juga dari Ranau, di tempat keempat, sementara Jamal Jaeland dan Ramli Paita dari Tawau melengkapkan kedudukan lima terbaik kejohanan itu.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun