Majoriti Rohingya di Perlis miliki kad UNHCR, JIM terus pantau

KANGAR – Kebanyakan etnik Rohingya yang berada di Perlis didapati memiliki kad pendaftaran Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), namun Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri akan terus mempergiat pemantauan terhadap komuniti terbabit.


Pengarah Imigresen Perlis, Mohammad A’sim Md. Ali berkata, hasil semakan awal yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan mendapati majoriti etnik Rohingya yang diperiksa mempunyai kad UNHCR, manakala proses verifikasi kehadiran mereka di seluruh negeri masih diteruskan.


“Jabatan menerima maklumat dan aduan daripada orang awam dari semasa ke semasa berkaitan kehadiran warga asing termasuk etnik Rohingya di beberapa lokasi di negeri ini.


“Aduan yang diterima lazimnya membabitkan keberadaan warga asing tanpa dokumen yang sah, aktiviti pekerjaan, penempatan serta aktiviti perniagaan yang dipercayai dijalankan tanpa kebenaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohammad A’sim, setiap aduan yang diterima akan disiasat dan diteliti secara menyeluruh sebelum tindakan penguatkuasaan diambil berdasarkan Akta Imigresen 1959/63.

Beliau berkata, sepanjang tempoh Januari hingga Mei lalu, Bahagian Penguatkuasaan JIM Perlis melaksanakan 153 operasi penguatkuasaan yang merangkumi 34 aktiviti risikan dan pemantauan.

Menurutnya, sepanjang tempoh itu juga seramai 118 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen, manakala kutipan kompaun berjumlah RM369,570 direkodkan.

Katanya, JIM Perlis turut menerima serahan 39 etnik Rohingya daripada jabatan dan agensi berkaitan untuk tindakan lanjut.

“Hasil semakan mendapati kesemua individu terbabit tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan kini sedang menjalani proses siasatan serta tindakan mengikut peruntukan Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Dalam pada itu, Mohammad A’sim berkata, JIM Perlis menubuhkan satu Pasukan Petugas Khas (Task Force) di bawah Bahagian Penguatkuasaan bagi melaksanakan pemantauan, pengesanan serta verifikasi rekod kehadiran etnik Rohingya di seluruh negeri.

Beliau berkata, jabatan berpandangan isu berkenaan perlu ditangani secara profesional, berhemah dan berasaskan fakta serta data yang sahih.

“Sebarang tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan selaras dengan Akta Imigresen 1959/63 serta arahan semasa yang berkuat kuasa.

“JIM Perlis akan terus memperkukuh operasi penguatkuasaan secara berkala di premis perniagaan, kawasan penempatan dan lokasi berisiko bagi memastikan pematuhan undang-undang serta keselamatan negeri sentiasa terpelihara,” katanya.

Related Posts

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

SARIKEI – Kerajaan terus memperkukuh sektor agrikomoditi sebagai antara pemacu utama ekonomi negara dengan memastikan golongan pekebun kecil mendapat akses kepada bantuan, teknologi serta peluang pasaran. Menteri Perladangan dan Komoditi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

GOMBAK – Perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Fasa 1 yang menghubungkan Kota Bharu ke Gombak disasarkan mula beroperasi pada Disember ini, lebih awal berbanding jadual asal pada Januari 2027.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Karnival Agrikomuniti MADANI sedia platform bantu tingkat pendapatan pekebun kecil

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

Ahli PKR sertai Bersama tidak jejas kekuatan parti – AMK

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

ECRL Kota Bharu-Gombak disasar beroperasi Disember ini

BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

  • By Ezmie
  • August 14, 2026
BAS.MY Kota Kinabalu beroperasi sepenuhnya di lapan laluan

PKR Pahang tunggu penjelasan penganjur program di Cenderawasih

PKR Pahang tunggu penjelasan penganjur program di Cenderawasih

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM