Serbuan dua kilang di Klang, 270 warga asing ditahan atas kesalahan imigresen

KLANG – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Selangor menahan 270 warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen dalam Ops Mega yang dijalankan di dua premis kilang pembuatan di daerah ini.

JIM Selangor berkata, operasi bersepadu itu melibatkan pemeriksaan terhadap 586 warga asing dengan mereka yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh, Nepal, Myanmar, Pakistan dan Sri Lanka berusia antara 18 hingga 50 tahun.

“Kesemua warga asing yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen Semenyih bagi tujuan reman dan siasatan lanjut mengikut peruntukan Akta Imigresen 1959/63.

“JIM Selangor mengingatkan orang ramai serta majikan supaya tidak melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI) atau menggaji mereka tanpa dokumen sah,” menurut kenyataan JIM Selangor di media sosial pada Khamis.

Menurut jabatan itu, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau majikan yang didapati melanggar undang-undang imigresen, termasuk mereka yang melindungi atau menggajikan PATI.

Operasi itu mendapat kerjasama agensi penguat kuasa lain termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Selangor serta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Selangor.

Related Posts

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

TEMERLOH – Pemandu dan penumpang sebuah kereta dipercayai rentung selepas dihempap lori tangki yang membawa muatan 32,000 liter diesel serta petrol sebelum terbakar di Kilometer 9 Jalan Temerloh–Triang, petang tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

SEMPORNA – Kerajaan disaran meneliti pemberian bantuan khas atau memperluaskan skim sokongan sedia ada kepada guru yang bertugas di kawasan luar bandar dan kepulauan bagi membantu menampung kos pengangkutan yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Cukup berkompromi, kini masa pacu reformasi – AMK

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Pemandu, penumpang rentung kemalangan kereta, lori tangki

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Prestasi luar jangka KDNK 6.0 peratus bukti reformasi ekonomi berkesan

Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

  • By Fatin
  • August 14, 2026
Teliti bantuan khas, skim sokongan guru luar bandar dan pulau

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

300 pelajar Pahang ke luar negara terima RM1,000

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff

RCI Tabung Haji: Segerakan pendakwaan jika bukti cukup – Haniff