PM arah selesai segera isu capaian internet di IPTA

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) segera menyelesaikan isu capaian internet di universiti awam (UA).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, arahan itu disampaikan Perdana Menteri pada mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

“Sewaktu mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Industri Revolusi Perindustrian 4.0 yang diadakan minggu lalu, antara perkara ditekankan dan dibangkit sekali lagi hari ini adalah masalah internet termasuk di UA khususnya.

“Perdana Menteri meminta supaya SKMM dan juga KPT bekerjasama dengan pantas (untuk atasi masalah berkenaan),” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, Perdana Menteri mahu perkara itu diuruskan dengan segera kerana kebanyakan kampus UA akan menerima kemasukan pelajar dalam tempoh terdekat.

Justeru katanya, beliau dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir akan memberi tumpuan untuk menguruskan isu terbabit dengan segera.

“Ada beberapa perkara membabitkan pengurusan di kampus di bawah UA yang mana ada sesetengahnya, mereka mempunyai vendor yang menyediakan internet mereka sendiri.

“Jadi perkara ini, Perdana Menteri minta dipercepat dan diuruskan dengan segera memandangkan banyak dari kampus ini akan mula beroperasi dengan semester yang baharu dalam masa yang tidak terlalu lama,” katanya.

Related Posts

Tiada usul undi tidak percaya terhadap PMX diterima – Johari

BANGI – Tiada usul undi tidak percaya dibuat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikemukakan setakat ini, menjelang Sidang Dewan Rakyat yang dijadual bermula 5 Oktober depan. Yang di-Pertua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan syarat ekuiti 30 peratus tidak jejas pemilikan Bumiputera dalam IPS

PUTRAJAYA – Pemansuhan syarat minimum 30 peratus ekuiti Bumiputera bagi syarikat yang mengendalikan institusi pendidikan swasta (IPS) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) tidak semestinya menggugat masa depan pemilikan Bumiputera dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar