Dakwaan Puad Zarkashi buka pekung krisis dalaman UMNO Johor

AYER HITAM – Ketua PKR Cabang Ayer Hitam, Rosman Tahir menyifatkan tindakan Datuk Dr Puad Zarkashi mengumumkan keluar daripada UMNO sebagai satu perkembangan yang mendedahkan krisis keyakinan yang semakin serius dalam parti itu, khususnya di Johor.

Menurut beliau, kenyataan Puad yang mendakwa beliau perlu meninggalkan UMNO terlebih dahulu sebelum dapat mengkritik parti secara bebas menunjukkan budaya politik dalam UMNO semakin sempit dan tidak lagi meraikan perbezaan pandangan.

“Apabila seorang pemimpin kanan merasakan beliau perlu keluar parti untuk bersuara tanpa dilabel sebagai pengkhianat atau menikam dari belakang, maka rakyat boleh menilai sendiri sejauh mana ruang demokrasi masih wujud dalam UMNO hari ini.

“Ini bukan soal seorang individu meninggalkan parti, tetapi soal pengakuan terbuka bahawa suara yang berbeza tidak lagi dihargai dalam organisasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rosman berkata, lebih membimbangkan ialah dakwaan Puad bahawa UMNO Johor tidak lagi bebas membuat keputusan sendiri dan didakwa dipengaruhi oleh pihak lain dalam menentukan hala tuju politik negeri.

“Dakwaan ini sangat serius kerana ia datang daripada seorang tokoh yang pernah berada dalam kepimpinan tertinggi UMNO. Jika benar, rakyat berhak mengetahui perkara sebenar. Jika tidak benar, maka beliau juga perlu bertanggungjawab terhadap dakwaan yang dibuat.

“Apa yang pasti, kenyataan ini menunjukkan wujud kegelisahan dan ketidakpercayaan yang semakin ketara dalam kalangan pimpinan UMNO sendiri,” katanya.

Beliau turut berpandangan bahawa keberanian yang ditunjukkan Puad untuk mendedahkan perkara tersebut membuktikan wujud sesuatu yang tidak kena dalam parti berkenaan sehingga seorang pemimpin sanggup berdepan risiko kecaman demi menyuarakan pandangannya.

Bagaimanapun, Rosman percaya akar umbi UMNO masih mempunyai kesetiaan yang kuat terhadap parti dan tidak semestinya berkongsi pandangan yang dilontarkan oleh pimpinan tertentu.

“Di peringkat bawahan, saya percaya ramai lagi ahli UMNO yang setia dan terus menyokong parti mereka. Namun di peringkat kepimpinan, apa yang sedang berlaku hari ini jelas menunjukkan terdapat perpecahan pandangan mengenai hala tuju parti.

“Rakyat sedang memerhati. Mereka mahu melihat pemimpin yang memberi tumpuan kepada isu kehidupan rakyat, bukannya terus bergelut dengan konflik dalaman dan perebutan pengaruh,” katanya.

Rosman menegaskan bahawa PKR akan terus memberi fokus kepada agenda pembangunan negeri, kebajikan rakyat dan usaha memperkukuhkan kestabilan politik demi masa depan Johor yang lebih baik.

Related Posts

Penurunan harga diesel disokong, cabaran Borneo perlu diberi perhatian – Nizam

TAWAU – Penurunan harga diesel yang diumumkan kerajaan disifatkan sebagai langkah positif, bagaimanapun pelaksanaannya perlu mengambil kira geografi dan cabaran logistik di Sabah dan Sarawak. Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh tingkat 24 kondo

BALIK PULAU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkap bilik utama kediamannya di aras 24 sebuah kondominium di Teluk Kumbar di sini, malam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Penurunan harga diesel hasil kejayaan diplomasi Anwar di Rusia, Turkmenistan

Penurunan harga diesel hasil kejayaan diplomasi Anwar di Rusia, Turkmenistan

PRN Johor: Politik takfiri tidak wajar diberi ruang

PRN Johor: Politik takfiri tidak wajar diberi ruang

Penurunan harga diesel disokong, cabaran Borneo perlu diberi perhatian – Nizam

Penurunan harga diesel disokong, cabaran Borneo perlu diberi perhatian – Nizam

Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh tingkat 24 kondo

Kanak-kanak 5 tahun maut jatuh tingkat 24 kondo

eKYC, algoritma platform digital perlu diperkasa lindungi kanak-kanak – Pakar

eKYC, algoritma platform digital perlu diperkasa lindungi kanak-kanak – Pakar

Legasi OKT Lawai Melayong: Kisah ‘Lipan Baram’ dan Resolusi Damai Bumi Kenyalang

Legasi OKT Lawai Melayong: Kisah ‘Lipan Baram’ dan Resolusi Damai Bumi Kenyalang