Dakwa IPTA ‘jual tempat’, ADUN Jitra berdepan pertuduhan di mahkamah

SEREMBAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra, Dr Haim Hilman Abdullah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menimbulkan kebimbangan orang awam berhubung kenyataan universiti awam menjual tempat kepada golongan tertentu baru-baru ini.

Haim Hilman, 53, yang juga Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Mengikut pertuduhan, Haim selaku orang kena saman (OKS) dengan niat menyebabkan kebimbangan kepada orang awam yang demikian mana-mana orang mungkin terdorong untuk melakukan kesalahan terhadap ketenangan awam.

Antara kenyataan yang dikeluarkan adalah ‘Apa berlaku di IPTA hari ini? Universiti sedang menjual tempat-tempat untuk anak-anak kita kepada orang ada duit. Hari ini ada satu pintu masuk kat IPTA, pintu belakang, UPU dia tak layak, UPU dia tak sampai tahap ikut merit dia kalah. Tapi ayah dia orang kaya, keluarga dia ada duit’.

‘Bukan salah ibu ayah yang ada kemampuan, salah kerajaan tidak menambah tempat di universiti. Dah tahu orang makin ramai pandai, jumlah di fakulti tidak ditambah. Inilah bala yang sedang melanda negara kita’.

Kesalahan itu dilakukan pada pukul 8 malam hingga 12 tengah malam di Markas Pas Seremban di sini pada 13 Jun lalu. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Ku Hayati Ku Harun mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 dan menyerahkan pasport kepada mahkamah. Haim yang diwakili enam peguam diketuai Mohd. Fauzi Che Abu berpendapat jumlah itu bersifat menghukum dan tidak munasabah. Beliau mencadangkan jaminan RM5,000.

Mohd. Fauzi turut membantah permohonan menyerahkan pasport atas tiga faktor utama iaitu kes didaftarkan di bawah saman jenayah yang mana kelazimannya dokumen perjalanan akan diserahkan kepada mahkamah untuk kesalahan yang lebih serius melibatkan pengubahan wang haram.

“OKS juga hadir ke mahkamah untuk prosiding hari ini atas kerelaannya sendiri untuk membersihkan namanya,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan OKS diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin tanpa syarat tambahan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Julai ini.

Related Posts

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

SARATOK – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun kerana disyaki mencuri tujuh batang kayu engkabang di tepi jalan Kampung Hilir Kabong, di sini, Rabu lepas. Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KUCHING – Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM80 juta pada tahun ini bagi membaik pulih 99 lokasi kerap kemalangan di Jalan Persekutuan demi meningkatkan tahap keselamatan pengguna. Menteri Kerja Raya,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion