Perarakan 1.2 kilometer Niti Daun tonjol keunikan budaya, perpaduan etnik Sarawak

KUCHING – Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengetuai perarakan ‘Niti Daun’ bersempena dengan sambutan Hari Gawai 2026 di Tebingan Sungai Kuching pada Sabtu.

Acara sejauh 1.2 kilometer yang bermula dari Bangunan Tun Jugah itu disertai 114 kontinjen, sekali gus menarik perhatian ribuan pengunjung di sepanjang laluan berkenaan.

Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Douglas Uggah Embas dan Datuk Profesor Dr Sim Kui Hian, berserta barisan menteri kabinet negeri serta Persekutuan.

Terdahulu, Abang Johari menyempurnakan perasmian Sambutan Gawai Dayak 2026 menerusi paluan gong secara simbolik sebagai tanda pelepasan peserta perarakan kebudayaan tersebut.

Sebelum perarakan bermula, tetamu kehormat telah menyertai upacara ritual tradisi miring masyarakat Iban bagi memohon kesejahteraan, keharmonian dan kemakmuran berterusan untuk Sarawak.

Upacara tersebut melibatkan tiga set persembahan yang disusun dalam kumpulan lapan, merangkumi sajian adat seperti teping, pulut, telur, tembakau, rendai dan sungki.

Related Posts

Inspire i-Talent cungkil bakat 38 atlet sukan OKU di Mukah

MUKAH – Seramai 38 peserta dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) sekitar daerah ini diuji menerusi Program Inspire i-Talent Peringkat Bahagian Mukah 2026 bagi mencungkil bakat baharu atlet pelapis para…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Zumba Aerodance perkukuh semangat kebersamaan dan kebajikan

MIRI – Program Zumba Aerodance anjuran Kesatuan Pekerja Bank Sarawak cawangan Miri berlangsung dengan meriah sebagai usaha menggalakkan gaya hidup sihat sambil mengumpul dana bagi membantu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia diiktiraf miliki rekod baik urus pelarian sejak dahulu – Pakar undang-undang

Malaysia diiktiraf miliki rekod baik urus pelarian sejak dahulu – Pakar undang-undang

Inspire i-Talent cungkil bakat 38 atlet sukan OKU di Mukah

Inspire i-Talent cungkil bakat 38 atlet sukan OKU di Mukah

Zumba Aerodance perkukuh semangat kebersamaan dan kebajikan

Zumba Aerodance perkukuh semangat kebersamaan dan kebajikan

Wanita ditangkap jual beras seludup

Wanita ditangkap jual beras seludup

Akta Jenayah Komputer 1997 akan dimansuh, RUU Jenayah Siber 2026 dibentang demi pemerkasaan keselamatan siber

Akta Jenayah Komputer 1997 akan dimansuh, RUU Jenayah Siber 2026 dibentang demi pemerkasaan keselamatan siber

DBP laksana Rancangan Strategik 2026-2030 pandu korpus AI Bahasa Melayu

DBP laksana Rancangan Strategik 2026-2030 pandu korpus AI Bahasa Melayu