89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 109 101 110 121 97 107 115 105 107 97 110 32 112 101 114 116 117 107 97 114 97 110 32 109 101 109 111 114 97 110 100 117 109 32 112 101 114 115 101 102 97 104 97 109 97 110 32 97 110 116 97 114 97 32 77 97 108 97 121 115 105 97 32 100 97 110 32 84 117 114 107 109 101 110 105 115 116 97 110 32 100 105 32 65 115 104 103 97 98 97 116 44 32 84 117 114 10
TURKMENISTAN – Perdana Menteri, Datuk Anwar Ibrahim, bersama Presiden Serdar Berdimuhamedov, pada Jumaat menyaksikan pemeteraian perjanjian kerjasama strategik antara Petronas dan pihak berkuasa Turkmenistan, sekali gus memperkukuh hubungan ekonomi dan tenaga antara kedua-dua negara.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan memaklumkan, kerjasama itu menandakan tiga dekad penglibatan Malaysia dalam sektor tenaga Turkmenistan yang menjadi pemacu penting hubungan dua hala.
Menurut PMO, kerjasama berterusan itu bukan sahaja mengeratkan hubungan persahabatan antara Malaysia dan Turkmenistan, malah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pembangunan modal insan serta pemindahan pengetahuan dan teknologi.
“Hubungan ini bukan saja memperkukuhkan persahabatan antara Malaysia dengan Turkmenistan, malah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, pembangunan bakat serta pemindahan ilmu dan teknologi yang memberi manfaat bersama.
“Kerjasama ini turut membuka ruang kepada pembabitan lebih strategik dalam pembangunan sumber tenaga masa depan, termasuk penerokaan potensi besar sektor gas asli Turkmenistan yang merupakan antara pemilik rizab gas terbesar dunia,” kata PMO.
Kenyataan itu turut menjelaskan bahawa perkembangan berkenaan mencerminkan kepercayaan komuniti antarabangsa terhadap keupayaan Malaysia dalam sektor tenaga dan industri strategik.
PMO berkata, pencapaian itu membuktikan kepakaran, bakat serta teknologi yang dibangunkan negara berupaya bersaing di peringkat antarabangsa, selain menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan jaminan bekalan tenaga global.
“Kerajaan MADANI menyambut baik perkembangan ini yang bukan saja memperkukuhkan hubungan dua hala Malaysia dengan Turkmenistan, malah membuka peluang kerjasama ekonomi dan pelaburan yang lebih luas pada masa depan,” katanya.
Anwar dalam rangka lawatan rasmi selama dua hari ke Turkmenistan yang bermula Khamis hingga Jumaat.
Ketibaan beliau disambut Berdimuhamedov dalam Majlis Sambutan Rasmi di Istana Presiden sebelum mengetuai delegasi Malaysia dalam mesyuarat dua hala bersama pihak Turkmenistan.
Pada 2025, Turkmenistan merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negara Asia Tengah.
Nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Turkmenistan direkodkan sebanyak RM75.80 juta, dengan eksport Malaysia mencecah RM75.50 juta, meningkat 9.0 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Turkmenistan juga kekal sebagai destinasi pelaburan utama Petronas dengan jumlah pelaburan syarikat itu di negara berkenaan mencecah RM52.73 bilion sejak 1996.


