Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

KANGAR – Seramai 154 calon atau lebih 40 peratus daripada keseluruhan calon STPM 2025 di Perlis berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.00 ke atas, sekali gus membuktikan kualiti pencapaian akademik pelajar Tingkatan Enam di negeri ini terus berada pada tahap membanggakan.

Pengarah Pendidikan Perlis, Rose Aza Che Arifin berkata, daripada 371 calon yang hadir menduduki peperiksaan itu, seramai 88 calon memperoleh PNGK antara 3.00 hingga 3.49 manakala 57 calon lagi mencatat PNGK antara 3.50 hingga 3.99.

“Selain itu, seramai sembilan calon berjaya memperoleh PNGK 4.00 dalam STPM 2025.

“Pencapaian ini menunjukkan ramai calon bukan sahaja lulus peperiksaan, malah berjaya memperoleh keputusan yang membolehkan mereka bersaing untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi,” katanya ketika mengumumkan keputusan STPM 2025 negeri ini hari ini.

Menurut beliau, daripada keseluruhan calon yang menduduki peperiksaan tersebut, seramai 364 orang atau 98.11 peratus mencapai lulus penuh manakala tujuh calon lagi memperoleh lulus sebahagian.

Katanya, semua 371 calon yang hadir menduduki peperiksaan itu layak dianugerahkan Sijil STPM 2025, sekali gus mengekalkan rekod sifar gagal di negeri ini bagi tahun kelima berturut-turut.

Rose Aza berkata, SMK Syed Alwi muncul sekolah paling menyerlah apabila melahirkan enam daripada sembilan calon PNGK 4.00 selain mencatatkan 49 calon memperoleh PNGK 3.00 ke atas.

Beliau berkata, lima sekolah di Perlis turut merekodkan kelulusan penuh 100 peratus dalam peperiksaan STPM tahun ini.

“Pencapaian ini adalah hasil kerjasama erat antara pihak sekolah, guru, ibu bapa dan pelajar yang sentiasa komited memastikan kecemerlangan akademik dapat dikekalkan,” katanya.

Related Posts

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

KUANTAN – Seramai 98 calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 memperoleh keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 di Pahang. Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran) Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GRS perkemas jentera hadapi PRU, lantik enam pengerusi zon

KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperkemaskan persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang menerusi pengukuhan jentera parti di semua kawasan Parlimen di Sabah. Pengerusinya, Datuk Hajiji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

Malaysia lonjak kedudukan ke-15 dalam Ranking Daya Saing Dunia 2026

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas