Dua disabitkan gagal patuhi award TTPM

KOTA KINABALU – Dua individu disabitkan kesalahan kerana gagal mematuhi award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dalam prosiding di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah, Shahril Nizam Shahidin berkata, kejayaan pendakwaan ini membuktikan komitmen berterusan pihaknya dalam memastikan setiap award tribunal dipatuhi sepenuhnya.

“Dalam kes pertama, seorang wanita berusia 36 tahun dijatuhi hukuman denda RM1,800 atau penjara lima bulan selepas mengaku bersalah gagal mematuhi award tribunal berjumlah RM16,920.

“Tertuduh bagaimanapun gagal membayar denda tersebut dan telah dipenjarakan.

“Bagi kes kedua, seorang lelaki berusia 71 tahun turut mengaku bersalah atas kesalahan sama membabitkan award tribunal sebanyak RM25,000.

“Mahkamah menjatuhkan denda RM2,000 atau penjara dua bulan, namun tertuduh telah membayar denda berkenaan,” katanya dalam kenyataan media, di sini, pada Khamis.

Tambah Shahril, jumlah keseluruhan award yang gagal dipatuhi dalam kedua-dua kes tersebut mencecah RM41,920.

“Tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana pihak yang ingkar bagi memastikan hak pengguna sentiasa terpelihara serta keadilan dapat ditegakkan.

“Saya turut menyeru orang ramai yang berdepan isu ketidakpatuhan award tribunal agar menyalurkan aduan melalui saluran rasmi KPDN bagi membolehkan tindakan,” tegasnya.

Related Posts

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

KUANTAN – Seramai 98 calon peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 memperoleh keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 di Pahang. Timbalan Pengarah Pendidikan (Sektor Pembelajaran) Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

KANGAR – Seramai 154 calon atau lebih 40 peratus daripada keseluruhan calon STPM 2025 di Perlis berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.00 ke atas, sekali gus membuktikan kualiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

98 calon STPM Pahang dapat PNGK 4.0

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Bekalan tenaga jangka panjang dari Rusia pastikan kestabilan pasaran domestik – PM

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Malaysia yakin perjanjian damai AS-Iran mampu redakan konflik Asia Barat

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Anwar hargai sokongan Putin, Xi terhadap usaha keamanan di Iran dan Gaza

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

Lebih 40 peratus calon STPM Perlis raih PNGK 3.00 ke atas

GRS perkemas jentera hadapi PRU, lantik enam pengerusi zon

GRS perkemas jentera hadapi PRU, lantik enam pengerusi zon