Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu dalam Op Tapis Khas di sekitar Kabong pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden Mathew Manggie berkata, operasi itu digerakkan oleh pasukan khas Op Tapis, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok hasil maklumat awam berhubung aktiviti penyalahgunaan bahan terlarang tersebut.

“Bertindak atas maklumat, pasukan operasi yang diketuai Inspektor Henry menjalankan pemeriksaan terhadap seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam pengedaran dadah.

“Pemeriksaan lanjut terhadap beg silang milik suspek menemukan 12 keratan straw mengandungi ketulan kristal disyaki syabu dengan berat anggaran 2.34 gram,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut Mathew, suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Saratok dan hasil ujian saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis amfetamin serta metamfetamin.

Tegasnya, suspek kini disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 15(1)(a) akta sama kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

“Polis akan terus mempergiat operasi membanteras penyalahgunaan dadah dan tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan secara berterusan demi keselamatan komuniti setempat.

“Kerjasama masyarakat amat penting dalam menyalurkan maklumat supaya kegiatan ini dapat dibendung sepenuhnya,” ujar beliau.

Related Posts

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

GERIK – Sebanyak 12 ekor gajah liar yang mengancam keselamatan penduduk Kampung Bongor di sini berjaya dipindahkan ke habitat asal mereka menerusi operasi khas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

KOTA KINABALU – Pencapaian calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2025 di Negeri Sabah menunjukkan peningkatan positif apabila Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) negeri meningkat kepada 2.78 berbanding 2.77 pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

12 gajah liar ancam penduduk kampung berjaya dipindahkan ke habitat asal

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Keputusan STPM 2025 Sabah catat peningkatan prestasi

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Sindiket penyelewengan tumpas, diesel dan aset bernilai lebih RM131,000 disita

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Penyeludupan petrol di sempadan Kelantan-Thailand terkawal

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Anwar puji pendirian tegas Putin mengenai Gaza dan Iran

Apabila sentimen mengatasi fakta

Apabila sentimen mengatasi fakta