Lelaki maut disyaki dibaham buaya ketika periksa pukat

KUALA BARAM – Seorang lelaki dewasa dilaporkan meninggal dunia akibat disyaki dibaham buaya di kawasan sungai berhampiran Batu 4, Kuala Baram.

Insiden ini berlaku ketika mangsa, Minggu Ikum, 59 tahun dipercayai pergi memeriksa pukat di sungai pada petang 22 September lalu.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Sarawak, mangsa tidak menjawab panggilan telefon anaknya.

Kemudian anak mangsa pergi ke lokasi untuk mencari dan hanya menemui barang milik mangsa di tebing sungai.

“Anak mangsa juga mendakwa melihat tanda kehadiran buaya dan pukat yang koyak.

Pencarian awal oleh orang awam tidak berjaya menemui mangsa, menyebabkan satu laporan polis dibuat.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan oleh pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong pada hari yang sama.

Pada hari kedua operasi SAR, pasukan penyelamat yang diketuai oleh PBT II Hendry Jugah bersama-sama lima anggota bomba serta dibantu oleh pelbagai agensi lain termasuk PDRM, APM, dan Sarawak SFC, menjalankan operasi pencarian di sepanjang sungai.

Pada 1:45 petang, mayat mangsa dijumpai kira-kira 4 kilometer dari lokasi kejadian dalam keadaan tidak sempurna dipercayai dibaham buaya.

Related Posts

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

KUCHING – Sesi persekolahan secara bersemuka bagi lapan daerah di negeri ini diarahkan tutup berkuat kuasa serta-merta bermula 20 Ogos hingga 21 Ogos ini susulan fenomena jerebu yang menjejaskan kualiti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

KUANTAN – Empat beranak berdepan detik cemas apabila kediaman mereka di Kampung Pandan 1, dekat sini, musnah dalam kebakaran kira-kira jam 4 petang tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Empat sekeluarga tinggal sehelai sepinggang, rumah terbakar 70 peratus

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Anwar dijangka umum beberapa langkah penting negara pada 30 Ogos, 16 September

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Dasar Satu China pendirian Malaysia sejak era Tun Razak – PM

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini

Kerajaan bawa RUU mansuh AUKU ke Parlimen tahun ini