Brazil, Maghribi sama handal

AKSI Brazil menentang Maghribi seumpama ‘buku dengan ruas’ selepas kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 pada aksi pertama Kumpulan C di Stadium MetLife, pagi tadi,

Pertembungan dua pasukan pilihan yang berada dalam kelompok 10 negara terbaik dunia itu tidak menghampakan apabila kedua-duanya mempamerkan kualiti tinggi serta mencipta pelbagai peluang sepanjang 90 minit permainan.

Maghribi terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Ismael Saibari pada minit ke-22 untuk menewaskan Alisson Becker.

Wakil Afrika itu tampil lebih meyakinkan pada fasa awal permainan dengan berjaya mengekang kreativiti barisan serangan Brazil selain mengancam lawan menerusi beberapa serangan pantas.

Namun, Brazil tidak mengambil masa lama untuk bangkit apabila bintang utama mereka, Vinicius Junior menghasilkan jaringan berkualiti pada minit ke-32.

Pemain Real Madrid itu melepaskan rembatan lencong cantik yang gagal dicapai penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou untuk mengikat kedudukan 1-1.

Bersambung pada babak kedua, pengendali Brazil membuat rombakan dengan memasukkan pemain seperti Danilo, Fabinho, Matheus Cunha dan Luiz Henrique dalam misi meraih tiga mata penuh.

Brazil meraih peluang keemasan pada minit ke-84 apabila Raphinha memiliki peluang tetapi percubaan pemain Barcelona itu tepat ke arah penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou yang bertindak cemerlang menyelamatkan keadaan.

Ketika perlawanan memasuki masa kecederaan, Maghribi pula hampir mengejutkan Brazil menerusi rembatan jarak jauh Neil El Aynaoui tetapi berjaya ditepis Allison dengan keputusan 1-1 kekal hingga wisel penamat.

Related Posts

Piala Dunia: Qatar, Switzerland kongsi mata

BOUALEM Khoukhi muncul wira Qatar apabila jaringan lewatnya memastikan negara Asia itu meraih mata pertama dalam sejarah penampilan mereka di Piala Dunia selepas mengikat Switzerland 1-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Haqi Bangsawan X juara futsal Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Betong 2026

SARATOK – Haqi Bangsawan X gah bergelar selaku juara bagi pertandingan futsal Liga Sukan Komuniti Peringkat Bahagian Betong 2026 yang berlangsung hari ini di gelanggang futsal Lakis Saratok, hari ini.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perak perhalusi cadangan pembinaan Balai Cerap baharu bernilai RM38.65 juta

Perak perhalusi cadangan pembinaan Balai Cerap baharu bernilai RM38.65 juta

Fun Walk HAWANA 2026 perkukuh hubungan pengamal media dan masyarakat

Fun Walk HAWANA 2026 perkukuh hubungan pengamal media dan masyarakat

Pembangkang berpecah, Anwar terus ‘mendunia’ mendominasi kestabilan politik

Pembangkang berpecah, Anwar terus ‘mendunia’ mendominasi kestabilan politik

Brazil, Maghribi sama handal

Brazil, Maghribi sama handal

Mampukah ‘pakatan pilihan raya’ satukan semula pembangkang?

Mampukah ‘pakatan pilihan raya’ satukan semula pembangkang?

Benteng hakisan Nanga Baoh siap, ADUN Tellian hargai sokongan penduduk

Benteng hakisan Nanga Baoh siap, ADUN Tellian hargai sokongan penduduk