Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

BERSATU mempersoalkan tindakan Pas yang didakwa berusaha merampas Perikatan Nasional (PN) walaupun gabungan itu diasaskan, didaftarkan dan dibangunkan oleh Bersatu.

Ketua Penerangan Bersatu, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, persoalan utama yang perlu dijawab Pas adalah mengapa parti itu begitu bersungguh-sungguh mahu menguasai PN.

Menurut beliau, idea penubuhan PN dicetuskan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, manakala Perlembagaan gabungan itu dirangka oleh Bersatu yang turut menguruskan proses pendaftaran serta membiayai operasi dan pengurusannya sejak awal.

“Mengapa Pas begitu bersungguh-sungguh mahu menguasai atau ‘merampas’ Perikatan Nasional (PN)? Adakah Pas sendiri sudah hilang keyakinan terhadap lambang bulan yang menjadi identiti parti itu?

“Jika semua usaha membangunkan PN dilakukan oleh Bersatu, mengapa kini ada pihak yang mahu menguasai gabungan tersebut dan menyingkirkan parti yang menjadi pengasasnya?

“Keadaan ini secara tidak langsung menimbulkan persepsi bahawa Pas sendiri mengakui jenama dan logo PN mempunyai nilai politik yang lebih besar berbanding logo bulan yang menjadi identiti parti itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tun Faisal turut mempersoalkan mengapa Pas yang sering mendakwa mempunyai jentera akar umbi yang kuat, keahlian yang ramai dan sumber kewangan yang kukuh masih perlu bergantung kepada jenama PN.

Beliau berkata, sekiranya Pas benar-benar yakin dengan kekuatan sendiri, parti itu boleh bertanding secara solo menggunakan logo bulan bagi membuktikan kemampuannya meraih sokongan rakyat tanpa bergantung kepada PN.

Selain itu, katanya, Pas juga boleh membentuk gabungan politik baharu bersama pihak yang sehaluan atau kembali menjalin kerjasama dengan Barisan Nasional dan UMNO menerusi platform yang berbeza.

Menurut beliau, pilihan-pilihan tersebut lebih selaras dengan prinsip perpaduan dan ukhuwah yang sering ditekankan oleh Pas berbanding tindakan yang dilihat sebagai cuba merebut penguasaan terhadap PN.

“Apabila Pas dilihat begitu beria-ia mahu menguasai PN sehingga sanggup menyingkirkan parti yang menjadi pengasas, penggerak, pendaftar dan penyumbang utama kepada gabungan itu sejak 2020, maka timbul persepsi bahawa Pas sendiri mengakui jenama PN lebih diterima rakyat berbanding logo bulan.

“Jika Pas benar-benar kuat seperti yang sering didakwa, mengapa masih perlu bergantung kepada jenama yang dibina oleh orang lain?” soal beliau.

Related Posts

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

KUALA LUMPUR – Usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi fenomena El Nino perlu diberi keutamaan kerana tindakan pencegahan dan persediaan rapi mampu mengurangkan impak cuaca ekstrem yang semakin sukar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

KUALA LUMPUR – Malaysia terus mempergiat usaha memperkukuh keselamatan tenaga negara melalui beberapa kerjasama strategik di peringkat antarabangsa, termasuk perjanjian hidrokarbon jangka panjang dengan Turkmenistan yang dijangka dimeterai pada 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu