Tragedi bot PATI karam: Jenazah 27 etnik Rohingya selamat dikebumikan

ALOR SETAR – Jenazah 27 etnik Rohingya warga Myanmar yang ditemui dalam insiden bot karam di perairan Langkawi pada November tahun lalu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lama, Tualang, Pokok Sena, hari ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah memaklumkan bahawa segala urusan, pengecaman dan pengebumian kesemua 27 jenazah warga Myanmar etnik Rohingya yang ditemui dalam insiden bot karam itu sudah pun selesai.

Beliau berkata, segala urusan pengebumian dilakukan dengan lancar dan teratur hasil kerjasama pelbagai agensi yang terbabit.

“Insiden malang itu dipercayai membabitkan sekumpulan migran yang cuba memasuki perairan negara ini secara tidak sah.

“Susulan operasi mencari dan menyelamat yang dijalankan, kesemua mayat etnik Rohingya yang ditemui kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah (HSB).

“Ia bertujuan untuk tujuan pengecaman identiti, bedah siasat serta dokumentasi forensik mengikut prosedur yang ditetapkan, ” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, keseluruhan jenazah terbabit adalah 13 jenazah lelaki manakala 14 lagi adalah wanita.

“Pengebumian ini mengikut prosedur dan tatacara atas nasihat pihak hospital.

“Kesemua jenazah itu selamat dikebumikan 7.30 pagi tadi di tanah perkuburan itu dan dilaksanakan dengan penuh tertib serta penghormatan mengikut hukum syarak agama islam, di bawah pemantauan Majlis Agama Islam Kedah (MAIK).

“Operasi pengurusan dan pengebumian ini dilaksanakan secara bersepadu dengan pembabitan beberapa agensi utama iaitu PDRM, HSB, MAIK, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) , Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), ” katanya.

Beliau berkata, siasatan berhubung punca kejadian, laluan kemasukan serta dalang di sebalik aktiviti penyeludupan migran masih diteruskan mengikut Seksyen 26a, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Atipsom).

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Media pada 8 November tahun lalu melaporkan, sebuah bot dipercayai membawa 90 pendatang asing tanpa izin (PATI) daripada Myanmar, Bangladesh dan Rohingya pecah di laut berhampiran sempadan perairan Malaysia-Thailand.

Related Posts

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Program Transformasi Perkhidmatan Bas Perhentian (Stage Bus Service Transformation – (SBST)) di Sabah menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat, wakil rakyat serta rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

PARIT – Jabatan Pertanian Negeri Perak terus memperkukuh usaha memperkasa golongan wanita dalam sektor pertanian menerusi penganjuran Kursus Asas Penanaman Sayur-Sayuran yang disertai 30 peserta daripada Lembaga Kebajikan Perempuan Islam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

MTEN perkukuh persediaan negara berdepan El Nino

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

SBST Sabah terima reaksi positif pelbagai pihak – Vivian

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Malaysia, Turkmenistan perluas kerjasama strategik bagi jamin bekalan tenaga

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

Jabatan Pertanian Perak perkasa wanita dalam sektor pertanian

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

KDN tegaskan DPP bukan laluan peroleh kewarganegaraan atau PR

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu

Perikatan Nasional kini jadi rebutan Pas dan Bersatu