KP JKOM ikrar terjemah amanat PMX ke peringkat akar umbi

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali mengesahkan satu pertemuan tidak rasmi telah diadakan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertemuan tersebut dimanfaatkan sepenuhnya bagi membincangkan hala tuju baharu JKOM dalam memperkasakan penyampaian maklumat kerajaan kepada komuniti.

Mohd Hisyamuddin menerusi hantaran di Facebook menzahirkan komitmen penuh untuk menterjemahkan amanat Perdana Menteri ke peringkat akar umbi dengan lebih agresif dan berkesan.

“Kunjung hormat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Alhamdulillah ‘direction’ beliau sangat jelas, kita jalan terus, ‘Reform’.

“Terima kasih PMX bagi peluang. Sama-sama doakan kebaikan untuk PMX dan kita semua. Amin,” katanya.

Pada Isnin, Mohd Hisyamuddin yang sebelum ini merupakan Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Dalam Negeri, dilantik sebagai KP JKOM yang baharu.

Mohd Hisyamuddin menggantikan Datuk Ismail Yusop yang menamatkan perkhidmatannya pada Ahad selepas lebih setahun menerajui jabatan itu.

Related Posts

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berhubung kenyataan yang didakwa dibuat ketika satu ceramah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Anwar saman Tuan Ibrahim berhubung dakwaan kenyataan fitnah

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Rozabil balas sindiran bekas MB, ungkit Pas tinggalkan MN

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

Anwar selamat menjalani pembedahan hernia, kini dalam proses pemulihan

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

PN cadang sidang khas RCI Tabung Haji ditangguh susulan kesihatan PM

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Bulan dan bintang hilang: Ke mana perginya para ‘Hero Malaya’?

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis

Pas fikir perpaduan, dia nampak setakat ibu jari kaki – Bekas MB Perlis