KPM salur RM20.1 juta baik pulih sekolah di Perlis

KANGAR – Sebanyak RM20.1 juta disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis tahun ini bagi melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, peruntukan tersebut turut melibatkan pembaikan kerosakan infrastruktur akibat ribut serta penambahbaikan kemudahan sekolah bagi keselesaan murid dan guru.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM15.1 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan serta baik pulih institusi pendidikan.

“Ia termasuk pembaikan kerosakan infrastruktur yang berpunca daripada kejadian bencana alam seperti ribut serta insiden luar jangka yang berlaku sepanjang tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Bangunan Baharu JPN Perlis yang disempurnakan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di sini hari ini.

Menurut beliau, kementerian turut menyalurkan RM5.01 juta lagi bagi menaik taraf kemudahan sekolah sebagai persediaan menerima kemasukan murid Tahun Satu pada 2027.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM2.11 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja baik pulih bilik guru manakala RM2.9 juta lagi bagi menaik taraf ruang sedia ada untuk dijadikan bilik darjah.

“Peruntukan ini disediakan bagi memastikan sekolah mempunyai kemudahan yang mencukupi selain membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif kepada murid.

“Pada masa sama, ia menjadi persediaan awal bagi menerima pertambahan murid Tahun Satu pada tahun hadapan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Wong berkata, sebanyak 35 projek pembangunan pendidikan bernilai RM73.79 juta sedang dilaksanakan di Perlis.

“Ia melibatkan pembinaan dan naik taraf kemudahan pendidikan, perolehan tanah serta penyediaan peralatan sekolah,” ujarnya.

Related Posts

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

ALOR SETAR – Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Kedah menggesa Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) mempercepatkan proses penempatan semula pelarian Rohingya ke negara ketiga bagi mengurangkan beban…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

ALOR SETAR – Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang bersidang pada 10 Mei lalu memutuskan ajaran dan fahaman yang dibawa oleh seorang lelaki warga Indonesia, Muhamad Yudha Al Fikri, adalah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perpaduan ummah atau perceraian politik?

Perpaduan ummah atau perceraian politik?

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

UNHCR digesa percepat penempatan semula Rohingya ke negara ketiga

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

Ajaran Yudha Al Fikri sesat dan menyeleweng- Mufti Kedah.

DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei

DOSM: Harga bahan binaan terus naik, besi dan pasir catat kenaikan pada Mei

Polis Sabah tumpaskan sindiket dadah, rampas syabu hampir RM8 juta

Polis Sabah tumpaskan sindiket dadah, rampas syabu hampir RM8 juta

Ibu bapa main peranan pelaksanaan kawalan media sosial bawah 16 tahun

Ibu bapa main peranan pelaksanaan kawalan media sosial bawah 16 tahun