Dua remaja perempuan hilang di Mukah ditemui selamat

MUKAH – Dua remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu akhirnya terjawab apabila kedua-duanya ditemui dalam keadaan selamat di kawasan Bandar Mukah pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, kejayaan mengesan kedua-dua remaja terbabit, Easter Agnes David dan Frocilea Rajok Jessica, adalah hasil maklumat daripada orang awam.

Menurutnya, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah telah bergegas ke lokasi dan berjaya menemui mereka kira-kira jam 1.40 tengah hari.

“Kedua-dua remaja berkenaan ditemui sedang berjalan kaki di kawasan berhampiran kedai gunting rambut Ajakcut Barbershop Bandar Mukah bersama seorang lagi rakan perempuan mereka.

“Mereka kemudiannya dibawa ke Hospital Mukah bagi menjalani pemeriksaan kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Muhamad Rizal menjelaskan, dengan penemuan kedua-dua remaja tersebut, kes orang hilang (OH) yang melibatkan pelajar berkenaan kini diisytiharkan selesai.

Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada masyarakat serta pihak media yang telah bekerjasama rapat dengan pihak polis dalam membantu menyalurkan maklumat sehingga kedua-dua remaja itu berjaya ditemui semula.

Terdahulu, kedua-dua remaja terbabit yang juga rakan sekolah, kali terakhir dilihat di Mukah sekitar jam 1.30 tengah hari pada Ahad sebelum dilaporkan hilang.

Siasatan awal mendapati kedua-dua pelajar itu dipercayai tidak mahu mendaftar masuk ke asrama sekolah, lalu bertindak mengikut rakan lain ke lokasi yang tidak pasti.

  • Related Posts

    Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

    SARATOK – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun kerana disyaki mencuri tujuh batang kayu engkabang di tepi jalan Kampung Hilir Kabong, di sini, Rabu lepas. Ketua Polis Daerah…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

    KUCHING – Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM80 juta pada tahun ini bagi membaik pulih 99 lokasi kerap kemalangan di Jalan Persekutuan demi meningkatkan tahap keselamatan pengguna. Menteri Kerja Raya,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

    DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

    Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

    Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

    Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

    Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

    KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

    KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

    Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

    Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

    Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

    Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion