Penganjur Miri Marathon digesa jelas kelewatan pembayaran hadiah

MIRI – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Miri menggesa penganjur Miri Marathon tampil segera memberi penjelasan rasmi berhubung isu kelewatan pembayaran hadiah wang tunai kepada pemenang.

Ketua AMK Miri, Christopher Jemat Amie berkata, pihaknya memandang serius aduan tular di media sosial memandangkan isu tersebut masih belum diselesaikan walaupun acara berkenaan berlangsung pada 12 April lalu.

Menurut beliau, kejayaan sesebuah acara sukan berskala besar bukan sahaja dinilai melalui kemeriahan atau jumlah penyertaan, malah tahap profesionalisme penganjur dalam menunaikan komitmen terhadap peserta.

“Peserta melaburkan masa, tenaga dan wang untuk menyertai acara tersebut, justeru setiap janji yang dibuat oleh penganjur perlu ditunaikan mengikut tempoh ditetapkan.

“Kelewatan berpanjangan tanpa penjelasan yang jelas boleh menjejaskan keyakinan orang awam terhadap penganjuran acara seumpamanya pada masa hadapan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sehubungan dengan itu, Christopher menggesa penganjur memaklumkan status pembayaran yang tertunggak serta mengemukakan garis masa penyelesaian yang jelas.

Tegas beliau, tindakan penganjur yang berterusan mengambil sikap berdiam diri bukanlah satu jalan penyelesaian.

“Sikap sebegini hanya akan meningkatkan rasa kecewa dan keresahan dalam kalangan peserta yang masih menuntut hak mereka. Kepercayaan peserta perlulah dipelihara melalui tindakan telus dan bertanggungjawab.

“AMK Miri berdiri teguh bersama-sama peserta dan berharap isu ini diselesaikan segera demi menjaga reputasi Miri sebagai bandar yang aktif menganjurkan acara sukan bertaraf tinggi,” ujarnya.

  • Related Posts

    Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

    KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

    KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

    Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

    Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

    Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

    Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

    Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

    Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

    Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

    Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

    Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

    DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

    • By Aden
    • August 4, 2026
    DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa