Mexico jamin pembukaan Piala Dunia lancar walau berdepan ancaman protes

PRESIDEN Mexico, Claudia Sheinbaum beri jaminan majlis pembukaan Piala Dunia minggu ini akan berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal meskipun wujud kebimbangan susulan protes berterusan oleh kumpulan guru di negara itu.

Beliau berkata, kerajaan akan memastikan perlawanan pembukaan antara Mexico dan Afrika Selatan pada Khamis berjalan lancar tanpa sebarang gangguan.

“Kami akan memastikan sambutan Piala Dunia dapat dilaksanakan dengan baik, aman dan tenang,” katanya, seperti dipetik berita AFP pada Selasa.

Sebelum ini, kesatuan guru mengancam untuk mengadakan demonstrasi semasa perlawanan pembukaan sekiranya kerajaan gagal memenuhi tuntutan mereka berkaitan kenaikan gaji dan pembaharuan sistem pencen.

Ketegangan memuncak minggu lalu apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah bagi menyuraikan penunjuk perasaan berhampiran Dataran Zocalo, lokasi pihak berkuasa memasang skrin gergasi untuk Zon Peminat Piala Dunia.

Selain itu, kumpulan guru yang membantah turut merobohkan beberapa patung peringatan pemain bola sepak di pusat bandar Mexico City minggu lalu.

Protes berkenaan turut disertai ratusan pelajar dari kolej perguruan Ayotzinapa yang menuntut siasatan lebih menyeluruh berhubung kehilangan 43 pelajar institusi itu pada 2014.

Dalam perkembangan berkaitan, polis Mexico City memaklumkan mereka menemukan 59 alat letupan buatan sendiri dalam sebuah konvoi bas yang memasuki ibu negara pada Isnin.

Keadaan itu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peniaga tempatan yang bimbang demonstrasi berterusan akan menjejaskan kehadiran pelancong sepanjang kejohanan berlangsung.

Related Posts

Liga Rakyat Pahang 1st semarak kembali bola sepak Pahang

KUANTAN – Liga Rakyat Pahang 1st Piala Sultan Abdullah yang julung kali diperkenalkan menjadi platform baharu dalam usaha kerajaan negeri menyemarakkan semula sukan bola sepak negeri ini. Exco Komunikasi dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sultan Pahang berkenan lancar Liga Rakyat Pahang 1st

KUANTAN – Lebih 30,000 penonton memeriahkan pelancaran Liga Bola Sepak Rakyat Pahang Edisi Pertama, sempena merebut Piala Al-Sultan Abdullah 2026 di Stadium Darul Makmur, di sini malam tadi. Kemeriahan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AirAsia perkenal SOP baharu susulan insiden kanak-kanak Cerebral Palsy

AirAsia perkenal SOP baharu susulan insiden kanak-kanak Cerebral Palsy

Mexico jamin pembukaan Piala Dunia lancar walau berdepan ancaman protes

Mexico jamin pembukaan Piala Dunia lancar walau berdepan ancaman protes

Penganjur Miri Marathon digesa jelas kelewatan pembayaran hadiah

Penganjur Miri Marathon digesa jelas kelewatan pembayaran hadiah

Dua maut, pemandu cedera nahas di Jambatan Batang Sadong

Dua maut, pemandu cedera nahas di Jambatan Batang Sadong

Polis giat kesan dua remaja perempuan hilang di Mukah

Polis giat kesan dua remaja perempuan hilang di Mukah

Lawas berpotensi jadi hab ekonomi baharu sempadan Sarawak-Brunei-Kalimantan

Lawas berpotensi jadi hab ekonomi baharu sempadan Sarawak-Brunei-Kalimantan