Dua maut, pemandu cedera nahas di Jambatan Batang Sadong

SIMUNJAN – Perjalanan tiga individu menaiki sebuah Perodua Myvi berakhir tragedi apabila dua penumpang wanita maut dalam nahas membabitkan sebuah lori di Jambatan Batang Sadong pada pagi Selasa.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 6.30 pagi.

Susulan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simunjan segera digerakkan ke lokasi kejadian.

Komander Operasi, Pegawai Bomba (PB) Eddy Sazali berkata, sebaik tiba di lokasi pada jam 6.51 pagi, pasukan bomba mendapati kemalangan melibatkan Perodua Myvi tersebut dengan sebuah lori yang dipercayai rosak dan berhenti di laluan.

“Akibat perlanggaran itu, dua penumpang wanita telah tercampak keluar dari kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pemandu Myvi iaitu seorang lelaki yang mengalami kecederaan telah dihantar ke hospital oleh ambulans KKM untuk rawatan lanjut, manakala pemandu lori dilaporkan selamat,” katanya.

Mengulas lanjut, Eddy berkata, anggota bomba bertindak mengalihkan mayat mangsa ke kawasan selamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Tambahnya, pasukan bomba turut menjalankan kerja pembersihan sisa tumpahan minyak serta serpihan kenderaan di atas jalan raya bagi memastikan kawasan berkenaan selamat kepada pengguna lain.

Operasi membabitkan lima anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) itu turut dibantu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan KKM, sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.29 pagi.

Related Posts

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di sini pada 26 Julai lalu adalah rangka manusia dan kini giat mengesan waris…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

KOTA KINABALU – Polis Daerah Kota Kinabalu berjaya menumpaskan satu kumpulan jenayah dikenali sebagai ‘Geng Andy’ yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan mencuri rim kenderaan di sekitar daerah ini menerusi beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Rangka dalam guni disahkan manusia, waris sedang dikesan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis tumpaskan ‘Geng Andy’, selesai 10 kes curi rim kenderaan

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Polis Marin Sabah rekod 95 kes, rampasan lebih RM25 juta sejak Januari

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Pengesahan umur akaun media sosial diwajibkan individu 16 tahun ke atas

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

Rasuk dimakan anai-anai punca runtuhan di Lebuh Armenian

DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa

  • By Aden
  • August 4, 2026
DBKL sita 323 basikal sewa beroperasi tanpa lesen di Tasik Titiwangsa