Sambutan Hari Gawai DUN Kabong meriah, perkukuh perpaduan masyarakat

ROBAN – Sambutan Hari Gawai 2026 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kabong yang berlangsung di Dewan Masyarakat Roban pada Sabtu disambut meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan masyarakat dan pemimpin setempat.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir yang hadir bersama isterinya.

Turut memeriahkan sambutan ialah Senator Pete Pele Tinggom, ketua-ketua jabatan, ketua masyarakat, ketua kaum serta tetamu jemputan.

Dalam ucapannya, Mohd Chee merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan sambutan Hari Gawai pada tahun ini, termasuk penghulu, tuai rumah, jawatankuasa penganjur, pemimpin masyarakat, penjawat awam dan komuniti setempat.

Beliau berkata, Hari Gawai bukan sekadar perayaan tradisi masyarakat Dayak, malah menjadi landasan penting dalam memelihara warisan budaya, adat resam dan identiti masyarakat berbilang kaum di Sarawak.

“Perayaan ini juga menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim, memupuk semangat perpaduan serta memperkukuh keharmonian dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau turut menyentuh pelbagai projek pembangunan yang telah dan sedang dilaksanakan di kawasan Kabong dan Roban, melibatkan kemudahan asas, pembangunan infrastruktur, bekalan elektrik dan air serta projek pembangunan luar bandar yang memberi manfaat kepada rakyat.

Menurutnya, kerajaan Sarawak sentiasa komited untuk memastikan pembangunan yang seimbang dan berterusan demi kesejahteraan rakyat.

Dalam majlis tersebut, turut berlangsung acara penyampaian surat dan sijil pelantikan kepada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) baharu bagi kawasan Roban dan Kabong.

Penerima pelantikan melibatkan wakil dari beberapa kawasan termasuk Pasar Roban, Sungai Jaong Ulu Roban, Panjang Baroh Roban, Panjang Atas Kesindu, Panjang Baruh A, Sungai Nabau, Panjang Atas Roban, Sabit, Kranggas Baru Batu 3 serta kawasan sekitar Roban dan Kabong.

Mohd Chee menjelaskan, pelantikan itu merupakan satu pengiktirafan kepada pemimpin masyarakat yang berperanan sebagai penghubung antara kerajaan dengan rakyat dalam memastikan kebajikan serta pembangunan setempat terus dipelihara.

Selain itu, beliau turut menyempurnakan simbolik perasmian Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Kabong, iaitu Projek Naik Taraf Gelanggang Serbaguna di bawah seliaan Pejabat Daerah Kecil Roban.

Jelasnya, projek tersebut dilaksanakan bagi meningkatkan kemudahan sukan dan aktiviti komuniti, sekali gus memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan nyanyian artis jemputan, Ramles Walter yang berjaya menghiburkan hadirin dan menambah kemeriahan sambutan.

Mohd Chee turut mengajak seluruh masyarakat agar terus bersatu padu, mengekalkan keharmonian serta bersama-sama menyokong usaha pembangunan demi kemajuan Sarawak khususnya Kabong.

Beliau berharap agar sambutan Hari Gawai tahun ini membawa keberkatan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat selaras dengan semangat ‘Gayu Guru, Gerai Nyamai, Senang Lantang Nguan Menua’.

Foto: Facebook ADUN Kabong

Related Posts

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

BUKIT MERTAJAM – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat pada 8 Ogos ini bagi meneliti punca kekalahan gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, selain merangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

TAWAU – Projek Skim Bekalan Air Tawau Fasa III bernilai RM450.5 juta iaitu pembinaan Empangan Air yang membekal air mentah ke Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 1 dan 2…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PRU16 wajar selepas rakyat rasai kesan pemulihan ekonomi – Hassan Karim

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

PH kaji kekalahan PRN, rangka strategi baharu

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Projek Empangan Air RM450.5 juta ikut jadual, siap 2027

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Pahang rekod kadar penyertaan tenaga buruh tertinggi di Pantai Timur

Trump tangguh rancangan serang Iran

Trump tangguh rancangan serang Iran

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan

PMK 2026 himpun pelbagai agensi, mudahkan rakyat akses perkhidmatan