RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju membenarkan penggunaan sehingga RM50 juta daripada dana Program Berimpak Tinggi di bawah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) bagi menyokong pelaksanaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2.0.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penggunaan dana berkenaan tertakluk kepada kerjasama erat antara kerajaan, majikan dan pihak industri bagi memastikan agenda TVET 2.0 dapat dilaksanakan secara lebih berkesan dan tersusun.

Beliau berkata, penglibatan aktif sektor industri menerusi Majlis TVET penting bagi memastikan penyelarasan yang lebih baik dalam pelaksanaan program latihan serta pendedahan kepada peserta TVET.

“Saya tegaskan semula untuk membenarkan hingga RM50 juta daripada dana Program Berimpak Tinggi di bawah PTPK digunakan untuk TVET 2.0.

“Syaratnya ada syarat. Majikan dan industri bekerjasama dengan kerajaan khususnya dalam Majlis TVET untuk menjayakannya supaya ada penyelarasan. Ini juga akan menambah tentang program latihan dan pendedahan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari TVET Negara 2026 di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, barisan anggota Jemaah Menteri serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Anwar berkata, kerjasama strategik antara kerajaan dan industri perlu terus diperkukuh bagi memastikan sistem TVET negara sentiasa relevan dengan perkembangan teknologi serta keperluan pasaran pekerjaan semasa.

Di bawah Belanjawan 2026, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM650 juta kepada PTPK bagi menyokong pelbagai inisiatif pembangunan kemahiran dan latihan teknikal dalam usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi serta meningkatkan daya saing negara.

Related Posts

SPRM beri sebulan kepada Azeez, keluarga isytihar harta

KAJANG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh sebulan kepada bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim dan ahli keluarganya untuk mengisytiharkan harta masing-masing. Ketua Pesuruhjaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM rakam keterangan Isa Samad hingga Khamis bantu siasatan FELDA, FIC

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka mengambil masa sehingga Khamis ini untuk merakam keterangan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, yang kini menjalani hukuman penjara. Ketua Pesuruhjaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

  • By Fandi
  • September 19, 2026
Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari

Limbang sasar status hab ekonomi, pelancongan rentas sempadan serantau

Limbang sasar status hab ekonomi, pelancongan rentas sempadan serantau

UPKO bakal pertahan dua kerusi Parlimen

  • By Fandi
  • September 19, 2026
UPKO bakal pertahan dua kerusi Parlimen

SPRM beri sebulan kepada Azeez, keluarga isytihar harta

SPRM beri sebulan kepada Azeez, keluarga isytihar harta

SPRM rakam keterangan Isa Samad hingga Khamis bantu siasatan FELDA, FIC

SPRM rakam keterangan Isa Samad hingga Khamis bantu siasatan FELDA, FIC