Perlis dan Melaka disaran bubar DUN, laksana PRN serentak bersama Johor, Negeri Sembilan

PUTRAJAYA – Kerajaan Negeri Melaka dan Perlis disarankan mengikuti langkah Johor dan Negeri Sembilan dalam membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan secara serentak.

Penganalisis politik Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, langkah itu bukan sahaja mampu menjimatkan kos, malah dapat meredakan ketidaktentuan politik yang sedang berlaku di beberapa negeri terbabit selain mengurangkan keletihan politik di kalangan rakyat.

Menurut beliau, penganjuran pilihan raya secara berasingan bukan sahaja memerlukan perbelanjaan yang besar oleh kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), malah boleh menyebabkan suhu politik negara terus berpanjangan.

“Kemelut politik yang di Perlis berlaku telah sampai ke tahap yang hampir tersimpul mati. Dalam keadaan seperti ini, mandat rakyat melalui pilihan raya adalah penyelesaian paling demokratik dan berkesan.

“Melaka juga wajar mempertimbangkan pembubaran DUN memandangkan penggal pentadbiran negeri itu hampir berakhir dan sudah tiba masanya kerajaan mendapatkan mandat baharu daripada pengundi,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Tambahnya, pilihan raya yang diadakan secara serentak akan memberikan banyak kelebihan berbanding mengadakan beberapa pilihan raya negeri secara berasingan dalam tempoh yang berdekatan.

Bagaimanapun, Mohd Yusri berkata, keputusan muktamad terletak di tangan kerajaan negeri dan pihak berkuasa berkaitan dan kepentingan rakyat serta keperluan untuk mewujudkan kestabilan politik perlu menjadi pertimbangan utama.

“Dalam situasi semasa, pilihan raya serentak adalah lebih baik berbanding beberapa pilihan raya negeri yang diadakan berulang kali dalam tempoh yang tidak jauh berbeza.

“Pendekatan ini bukan sahaja lebih efisien dari sudut pengurusan pilihan raya, malah dapat memberi ruang kepada kerajaan untuk memberi tumpuan kepada agenda pembangunan dan ekonomi selepas proses demokrasi selesai,” katanya.

Pada Khamis, Aminuddin mengumumkan DUN Negeri Sembilan yang mempunyai 36 kerusi, secara rasmi dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Dalam pada itu, DUN Johor pada 1 Jun lalu yang mempunyai 56 kerusi secara rasmi turut dibubarkan bagi memberi laluan kepada PRN.

Related Posts

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

KOTA KINABALU – Pelaksanaan had umur minimum 16 tahun bagi pendaftaran akaun media sosial merupakan langkah wajar untuk melindungi remaja daripada pelbagai ancaman siber. Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis perjelaskan kehadiran anggota di kediaman rasmi Tunku Besar Tampin

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan penugasan anggota di sekitar Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin hari ini dilaksanakan bagi menjamin keselamatan orang ramai serta memastikan ketenteraman awam terus terpelihara. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

2 tahun terajui LPKP Sabah, Vivian bangga pelbagai pembaharuan berjaya dilaksana

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Mengenali, memahami keistimewaan surah Al-Mulk

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Ops Tiris 4.0: Kegiatan seleweng diesel tumpas

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

Projek naik taraf Tamu Donggongon, Kepayan Square, manfaat besar untuk komuniti Penampang

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

UNIMAP wakili Malaysia dalam projek penyelidikan Kesatuan Eropah

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati

Had umur 16 tahun media sosial wajar lindungi remaja dari ancaman siber – Dr Haryati