Aminuddin sudah dapat restu Anwar bubar DUN Negeri Sembilan

Oleh: S.Abdullah dan Don Mikael

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dipercayai sudah memperoleh restu daripada Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Sumber memaklumkan, langkah itu dilihat bertepatan dengan keadaan semasa ketika Kerajaan Negeri Sembilan pimpinan Pakatan Harapan (PH) berada pada tahap sokongan yang memberangsangkan dalam kalangan rakyat.

Menurut beliau, prestasi pentadbiran kerajaan negeri ketika ini dianggap antara faktor utama yang mendorong cadangan pembubaran DUN dilakukan dalam masa terdekat.

“Ini masa yang sesuai untuk mengembalikan mandat kepada rakyat kerana prestasi kerajaan negeri berada dalam keadaan terbaik.  Pelbagai inisiatif pembangunan, kebajikan dan pelaburan yang dilaksanakan kerajaan negeri mendapat maklum balas positif daripada rakyat.

“Perdana Menteri pada prinsipnya tidak mempunyai halangan dan telah memberikan restu, lampu hijau kepada Menteri Besar untuk meneruskan proses pembubaran DUN Negeri Sembilan,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Mengulas lanjut, sumber memaklumkan, hasil pentadbiran yang stabil selain hubungan baik antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan turut dilihat memberi kelebihan kepada PH untuk mendapatkan mandat baharu daripada pengundi.

Sehubungan itu, pembubaran DUN dijangka dilakukan dalam masa terdekat, namun perkara itu tertakluk kepada proses dan perkenan pihak istana.

“Dijangka DUN Negeri Sembilan juga akan dibubarkan dalam masa terdekat,  tarikh sebenar pembubaran masih tertakluk kepada beberapa perkara termasuk urusan rasmi kerajaan negeri dan perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ,” katanya

Terdahulu, Aminuddin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di Istana Hinggap, selama lebih satu jam pagi tadi yang turut diiringi oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad.

Pertemuan itu merupakan kelaziman pada setiap hari Rabu sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan yang diadakan di Wisma Negeri.

Bagaimanapun, pertemuan kali ini menarik perhatian pengamal media berikutan spekulasi mengenai kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan susulan perkembangan politik semasa.

Desas desus semakin kuat apabila Aminuddin mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan PH Negeri Sembilan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, pada Selasa.

Pada masa sama, sidang media Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang lazimnya diadakan selepas mesyuarat mingguan Exco turut dibatalkan, di saat akhir pada Rabu, kerana mempunyai urusan rasmi yang perlu didahulukan terlebih dahulu.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Shahir Mohd Shah namun beliau enggan mengulas urusan penting yang dimaksudkan itu.

Related Posts

Tiada undi tidak percaya, Shahidan serah kepada Pas Pusat

KANGAR – Pemimpin tertinggi Perikatan Nasional (PN) mengesahkan tiada usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah akan dibawa dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis kali ini,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mayat bilal lemas ketika berenang di Sungai Pahang ditemukan

TEMERLOH – Seorang bilal masjid yang dilaporkan hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus ketika berenang menyeberangi Sungai Pahang di Kampung Peragap, di sini, semalam, ditemui lemas pagi tadi. Mayat Samsul Azmi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada undi tidak percaya, Shahidan serah kepada Pas Pusat

Tiada undi tidak percaya, Shahidan serah kepada Pas Pusat

Biodiesel B15 menyokong penjimatan bahan api negara, jangan ragu untuk gunakannya

Biodiesel B15 menyokong penjimatan bahan api negara, jangan ragu untuk gunakannya

Aminuddin sudah dapat restu Anwar bubar DUN Negeri Sembilan

Aminuddin sudah dapat restu Anwar bubar DUN Negeri Sembilan

Mayat bilal lemas ketika berenang di Sungai Pahang ditemukan

Mayat bilal lemas ketika berenang di Sungai Pahang ditemukan

Hasil pembangunan perlu segera dinikmati rakyat – Raja Perlis

Hasil pembangunan perlu segera dinikmati rakyat – Raja Perlis

Sidang media dibatalkan, Aminuddin ada urusan rasmi perlu didahulukan

Sidang media dibatalkan, Aminuddin ada urusan rasmi perlu didahulukan