Perlindungan ancaman siber untuk kanak-kanak tanggungjawab bersama

KUANTAN – Pelaksanaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak dan Kod Pengurangan Risiko mengikut Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 mula berkuat kuasa Isnin lalu dilihat sebagai langkah memperkukuh keselamatan kanak-kanak di ruang digital.

Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman berkata, perkembangan dunia digital ketika ini mendedahkan mereka kepada pelbagai bahaya antaranya buli siber, penipuan, kandungan yang tidak senonoh, sehinggalah kepada ancaman pemangsa seksual.

Menurutnya, langkah mengetatkan perlindungan, termasuklah mekanisma pengesahan umur untuk anak-anak bawah 16 tahun, adalah satu keutamaan yang mendesak demi keselamatan anak-anak dan keluarga kita.

“Kita sedia maklum gajet dan internet itu penting untuk masa depan dan pembelajaran mereka, tetapi apa yang kita mahukan adalah sebuah ruang digital yang selamat, bersih, dan sesuai dengan umur mereka.

“Kita mahu anak-anak meneroka internet tanpa rasa bimbang,” katanya, seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau memaklumkan penyediaan internet selamat untuk anak-anak adalah tanggungjawab yang terlalu besar untuk dipikul oleh ibu bapa bersendirian.

Ujarnya, penyedia platform media sosial juga tidak boleh lepas tangan dan mereka wajib mengambil tanggungjawab penuh serta meletakkan keselamatan anak-anak sebagai keutamaan mengatasi keuntungan.

“Melindungi anak-anak kita dalam talian memerlukan satu pasukan yang besar, ia menuntut kerjasama erat daripada pihak kerajaan, platform digital, pihak sekolah, komuniti setempat, dan pastinya institusi kekeluargaan kita sendiri.

“Bersama-sama, mari kita pastikan masa depan digital anak-anak kita lebih selamat,” katanya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

ARAU – Parti Wawasan Negara (Wawasan) terus melebarkan pengaruhnya di Perlis apabila sebahagian besar pimpinan Bersatu Bahagian Arau bersama 10 ketua cawangan mengumumkan keluar parti dan menyertai parti berkenaan. Perkembangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan