Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengesahkan pertemuan yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pagi tadi hanya mesyuarat biasa bagi membincangkan perkara berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin berkata, mesyuarat terbabit yang dipengerusikan Aminuddin selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri diadakan susulan pembubaran DUN Johor, pada Isnin.

“Saya menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan PH Negeri Sembilan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PH di Kediaman Rasmi Menteri Besar, pagi ini.

“Ia mesyuarat biasa, bukan mesyuarat khas, ia dinamakan tergempar kerana notis singkat, selepas pembubaran DUN Johor petang semalam.

“Mesyuarat berlangsung dalam suasana harmoni dengan semangat keluarga PH Negeri Sembilan. Kami membincangkan kesiapsiagaan jentera pilihan raya PH untuk PRN yang bakal menjelang,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Dalam pada itu, ADUN Sri Tanjung,  Datuk G Rajasekaran berkata, sesi menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir oleh Menteri Besar esok adalah satu kelaziman menjelang majlis mesyuarat kerajaan negeri.

“Semoga sesi menghadap esok berjalan dengan lancar dan membawa limpah rahmat, hidayah, serta keputusan yang terbaik demi masa depan Negeri Sembilan yang aman, harmoni, dan sejahtera,” katanya.

Sementara itu, ADUN Seremban Jaya, Datuk P Gunasekaren berkata, pelbagai perkara dibincangkan, namun ia lebih tertumpu kepada persiapan dan gerak kerja menghadapi PRN.

Bagaimanapun, beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan menegaskan mesyuarat tidak menyatakan bila tarikh pembubaran DUN akan dibuat bagi memberi laluan kepada PRN Negeri Sembilan.

“Perkara berkaitan tarikh (pembubaran DUN) belum tahu kerana ia perlu dibuat mengikut undang-undang, tetapi sekarang kita ada masalah sedikit berkaitan perlembagaan.

“Jadi, kita tak tahu lagi bila pembubaran DUN atau PRN akan diadakan,” katanya.

Pagi tadi, pemimpin dan ADUN PH Negeri Sembilan dilaporkan berkumpul di kediaman rasmi menteri besar bagi membincangkan perkembangan semasa berkenaan negeri itu.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Ahmad Shahir Md Shah juga memaklum Aminuddin akan menghadap Tuanku Muhriz, iaitu rutin mingguan sebelum Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

Related Posts

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata. Naib Presiden Parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar