Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat agar terus menyemarakkan nilai cinta, ihsan dan kasih sayang serta menolak sebarang hasutan kebencian yang cuba mencetuskan permusuhan antara kaum dan agama.

Beliau berkata, nilai yang diangkat sempena sambutan Hari Wesak itu mempunyai makna besar dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia yang dibina atas asas saling memahami, menghormati dan hidup bersama secara harmoni.

“Hari Wesak mengajak kita merenung nilai-nilai luhur yang menjadi asas kehidupan bermasyarakat, khususnya kebijaksanaan, kesederhanaan, ihsan dan kasih sayang sesama insan.

“Nilai-nilai ini bukan sahaja diraikan dalam tradisi keagamaan, malah terus relevan dalam membina sebuah masyarakat yang saling memahami dan menghormati,” katanya menerusi kenyataan, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Anwar berpandangan, dalam keadaan negara yang rencam budaya, agama dan latar kehidupan, nilai cinta, ihsan dan kasih sayang perlu terus diperkukuh bagi memelihara keharmonian masyarakat.

Menurut beliau, penyebaran nilai itu penting bagi menenggelamkan hasutan kebencian, menjernihkan prasangka serta memperkukuh hormat dan persefahaman yang menjadi asas kepada perpaduan negara.

“Semoga sambutan Hari Wesak tahun ini membawa ketenangan, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada penganut Buddha.

“Saya berharap ia terus menyemarakkan nilai kemanusiaan yang menyatukan kita sebagai sebuah bangsa yang beradab dan bermaruah,” katanya.

Related Posts

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

KOTA KINABALU – Komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembangunan Sabah terus mendapat penghargaan apabila pelbagai inisiatif dan projek strategik dilaksanakan bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

PENAMPANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mahu dilihat sengaja melengah-lengahkan penyelesaian tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan kepada Sabah. Tegasnya, Kerajaan Persekutuan memberi jaminan untuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Tiada campur tangan pihak luar hentikan filem Konspirasi

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Hayati nilai luhur, kasih sayang dalam hidup bermasyarakat

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Marina Ibrahim umum undur diri daripada politik, mahu kembali berkhidmat di lapangan

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Lebih 500 ahli UMNO sertai program Gerakan Setia UMNO Jerantut

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

Keteguhan perpaduan, kebersamaan teras utama maju bersama – Hajiji

Kerajaan negeri alu-alukan bayaran interim RM1.5 bilion untuk Sabah

Kerajaan negeri alu-alukan bayaran interim RM1.5 bilion untuk Sabah