‘Segulai Sejalai’: Pesta Kebudayaan Kapit 2026 meriah, angkat keharmonian pelbagai kaum

KAPIT – Keindahan seni dan budaya bukan sahaja kekal sebagai warisan bangsa, malah terus utuh menjadi jambatan penyatuan pelbagai kaum di negara ini.

Keharmonian ini jelas terpancar apabila Pesta Kebudayaan Kapit (KCF) 2026 Edisi Ke-4 berlangsung dengan penuh warna-warni dan meriah di Dataran Bandar Kapit, pada Ahad lalu.

Festival ini membuktikan komitmen jitu pemimpin tempatan dan komuniti dalam memelihara warisan budaya, di samping memperkukuh identiti masyarakat majmuk di Bahagian Kapit.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Goram, Datuk Jefferson Jamit Unyat menyifatkan KCF sebagai platform serampang dua mata.

“Festival ini bukan sekadar pentas untuk memperagakan keunikan budaya asal seperti tarian Ngajat, kraf tangan, dan tradisi ‘bebiau’. Lebih daripada itu, ia menjadi medan pertemuan yang merapatkan ukhuwah serta semangat toleransi antara komuniti rumah panjang dan pelbagai lapisan masyarakat.

“Pada masa yang sama, kemeriahan ini turut merancakkan ekonomi penduduk setempat melalui hasil jualan kraf tangan tempatan,” katanya ketika berucap pada majlis penangguhan program tersebut.

Beliau turut menambah, penganjuran berterusan KCF dapat menjadi sebuah ‘dokumentasi hidup’ bagi memastikan identiti masyarakat Iban kekal relevan dan tidak ditelan arus kemodenan. Melihat kepada sambutan yang luar biasa daripada masyarakat pelbagai bangsa, beliau berharap KCF akan terus diangkat sebagai acara tahunan daerah tersebut.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kapit merangkap Pengarah KCF 2026, Thomas Geoffrey Kandawang turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang berganding bahu menjayakan festival tersebut.

Menurutnya, kejayaan festival ini dipacu oleh semangat slogan “Segulai Sejalai” (Seiring Sejalan) yang menterjemahkan betapa eratnya kerjasama antara agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan keharmonian masyarakat setempat tanpa mengira latar belakang.

Tambah Thomas, dua acara kemuncak iaitu perarakan kebudayaan ‘Niti Daun’ dan Pertandingan Kumang Dayak (Iban) berjaya menarik ribuan peserta dan pengunjung dari dalam dan luar kawasan Kapit.

Bagi menghargai golongan yang banyak menabur bakti kepada komuniti, majlis itu turut diserikan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada tiga bekas penghulu, penggiat seni tradisional (Lemambang dan Tukang Biau), serta pelajar praktikal Pejabat Daerah Kapit atas jasa mereka memartabatkan adat budaya.

Acara melabuhkan tirainya dengan penuh gilang-gemilang menerusi pusingan akhir Pertandingan Kumang Dayak KCF 2026, persembahan kebudayaan oleh artis jemputan, serta penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Turut hadir Timbalan Menteri Digital, Datuk Wilson Ugak Kumbong; ADUN Pelagus, Wilson Nyabong Ijang dan ADUN Baleh, Nicholas Kudi Jantai.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

LAHAD DATU – Operasi Bersepadu MARDOF Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Lahad Datu berjaya menahan dua vesel nelayan tempatan daripada 211 vesel yang diperiksa di perairan Lahad Datu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

SAIZ negeri Perlis yang kecil tidak menggambarkan beban sebenar tugas kepolisan apabila anggota di negeri ini berdepan pelbagai cabaran termasuk menjaga keselamatan kawasan sempadan Malaysia-Thailand. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar mahu PKR jadi wadah semua generasi

Anwar mahu PKR jadi wadah semua generasi

Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

  • By Fatin
  • August 15, 2026
Ops MARDOF: Maritim periksa 211 vesel, dua vesel dikesan lakukan kesalahan

Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

Cabaran kepolisan negeri sempadan tidak boleh dipandang ringan

Pesta Makan Tahun Kedayan platform pelancongan budaya, jana ekonomi setempat

Pesta Makan Tahun Kedayan platform pelancongan budaya, jana ekonomi setempat

Kerajaan buka ruang lebih luas untuk mahasiswa, AUKU dimansuhkan

Kerajaan buka ruang lebih luas untuk mahasiswa, AUKU dimansuhkan

Tiada kompromi salah guna amanah, siasatan diteruskan selepas TH – Anwar

Tiada kompromi salah guna amanah, siasatan diteruskan selepas TH – Anwar