Pos kawalan sempadan Brunei lanjut operasi hingga tengah malam sempena Hari Gawai

LIMBANG – Jabatan Imigresen Negara Brunei Darussalam mengambil inisiatif melanjutkan tempoh operasi beberapa pos kawalan sempadan sehingga jam 12 tengah malam selama lapan hari, bermula 26 Mei hingga 2 Jun ini sempena sambutan Hari Gawai.

Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi satu minit rasmi Bahagian Pos-Pos Kawalan yang dikeluarkan pada Ahad bagi memudahkan urusan pergerakan keluar masuk pengunjung sepanjang musim perayaan tersebut.

Antara pos kawalan yang terlibat ialah Kompleks Kawalan dan Pemeriksaan Ujung Jalan di Temburong; Pos Kawalan Imigresen Sementara Labu (Temburong); Pos Kawalan Imigresen Sementara Kuala Lurah dan Pos Kawalan Imigresen Sungai Tujoh (Kuala Belait).

Menurut kenyataan itu, pelanjutan waktu operasi berkenaan dilaksanakan sebagai langkah proaktif bagi mengurangkan kesesakan dan melancarkan pergerakan pengguna yang dijangka meningkat menjelang sambutan Hari Gawai.

“Dalam masa sama, pihak pengurusan pos kawalan turut disarankan supaya memastikan kaunter-kaunter pemeriksaan dibuka secukupnya mengikut keperluan semasa.

“Langkah ini penting bagi menjamin kelancaran urusan orang ramai di pintu sempadan,” jelas kenyataan tersebut.

Minit rasmi berkenaan ditandatangani oleh Pemangku Penolong Pengarah Imigresen Brunei, Raheme Ramle dan mula berkuat kuasa pada Isnin.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik