Sebahagian kecil produk ubat, peranti perubatan berdepan risiko tinggi

PUTRAJAYA – Sebanyak 16.8 peratus bekalan ubat negara dikenal pasti berada pada tahap risiko tinggi setakat 8 Mei dan memerlukan pemantauan serta langkah mitigasi secara berterusan susulan krisis bekalan global.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, secara keseluruhannya bekalan ubat negara masih berada dalam keadaan stabil, malah isu berkenaan menjadi antara fokus utama perbincangan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 12 yang berlangsung pada Isnin.

“Daripada keseluruhan item ubat yang direkodkan, 72 peratus berada pada tahap risiko rendah dan 11.3 peratus pada tahap risiko sederhana.

“Bagi peranti perubatan pula, sebanyak 81.7 peratus berada pada tahap risiko rendah, 13.5 peratus pada tahap risiko sederhana.

“Manakala 4.8 peratus dikenal pasti berisiko tinggi akibat kebergantungan terhadap sumber import bagi bahan mentah dan komponen utama,” jelas Akmal ketika Taklimat Krisis Bekalan Global, pada Isnin.

Beliau berkata, MTEN turut memberi jaminan kepada pesakit dan golongan warga emas bahawa bekalan ubat serta peranti perubatan negara kekal stabil dan terkawal.

Katanya, kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil beberapa langkah mitigasi secara berfasa dan tersusun sejak awal krisis berkenaan berlaku.

“Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan beberapa langkah mitigasi secara berfasa dan tersusun sejak awal krisis berlaku.

“Antaranya pemantauan bekalan secara berkala menerusi Pasukan Petugas Khas, pengukuhan stok penimbal nasional bagi item ubat berisiko tinggi serta diversifikasi sumber bekalan melalui kerjasama strategik dengan negara seperti China, Jepun dan Uzbekistan.

“Selain itu, kerajaan turut mengaktifkan Laluan Akses Khas bagi mempercepatkan kelulusan import ubat kritikal serta memperkasa pembangunan industri tempatan untuk mengurangkan kebergantungan terhadap produk import,” kata Akmal.

Beliau berkata, MTEN turut bersetuju supaya KKM meneruskan pelaksanaan langkah mitigasi secara berterusan, khususnya melibatkan item kritikal dan berisiko tinggi.

“Sebarang pelarasan kos akan dibuat secara bersasar berdasarkan tahap risiko dan keperluan sebenar,” katanya.


Related Posts

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

PUTRAJAYA – Kos pengeluaran industri agrokomoditi negara meningkat susulan kenaikan ketara harga input pertanian termasuk baja NPK bagi kategori tempatan dan import yang naik sehingga 45.5 peratus, manakala racun meningkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
BUDI Agri-Komoditi diteruskan bagi bantu rakyat terkesan kos sara hidup

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI: BUDI Agri-Komoditi secara bersasar sebagai langkah membantu pekebun kecil, pengusaha serta golongan rentan menghadapi cabaran ekonomi semasa. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

Johor terima lebih RM600 juta perkukuh infrastruktur hadapi risiko banjir

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

UMNO Perlis mahu kemelut politik negeri dihentikan

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

Dokumentari Banjaran Nakawan tingkat kesedaran warisan Perlis

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

18 ekor lembu korban disumbangkan ke Kampung, agensi

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kerajaan Sabah galak wujud pusat autisme luar bandar, pedalaman

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian

Kos pengeluaran agrokomoditi meningkat susulan kenaikan input pertanian