Komuniti maritim Tawau diingatkan untuk tingkatkan keselamatan di laut

TAWAU – Komuniti maritim setempat diingatkan supaya meningkatkan aspek keselamatan di laut serta berwaspada terhadap sebarang perubahan cuaca yang tidak menentu pada waktu ini khususnya di sekitar perairan Tawau.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, ini berikutan METMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang bermula 24 September ini di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia termasuk sekitar kawasan pedalaman dan pantai barat Sabah yang menyebabkan keadaan angin kuat dan laut bergelora.

“Cuaca ini dijangka akan berlanjutan sehingga awal November mengikut ramalan yang diperolehi daripada laman sesawang METMalaysia.

“Cuaca sebegini boleh mendatangkan bahaya kepada aktiviti komuniti maritim seperti perahu-perahu kecil, pengusaha bot penumpang serta pengusaha sektor perikanan dalam negeri.

“Aspek keselamatan di laut perlu diberikan perhatian sewajarnya bagi mengelakkan insiden yang tidak diingini berlaku,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Katanya, aset-aset ronda Maritim Malaysia akan sentiasa bersiap sedia diatur gerak pada bila-bila masa untuk memberikan bantuan bagi sebarang situasi atau kejadian insiden di laut.

Tambah beliau, komuniti maritim boleh terus berhubung dengan Pusat Operasi (PUSOP) Maritim Zon Maritim Tawau di talian 089-750116 atau menghubungi talian kecemasan 999 yang beroperasi 24 jam bagi melaporkan sebarang insiden dan kecemasan di laut.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok