Pusat hiburan beroperasi lebih masa diserbu, tiga ditahan

KUCHING – Sebuah pusat hiburan di kawasan Jalan Tabuan di sini diserbu pihak polis awal pagi Sabtu selepas didapati beroperasi melebihi masa yang dibenarkan.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, serbuan tersebut dijalankan oleh sepasukan polis pada jam 2.40 pagi bertindak atas maklumat dan pemantauan yang dilakukan. 

Menurutnya, dalam serbuan itu polis menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 50 tahun yang juga merupakan pemilik premis berkenaan.

 “Turut ditahan bagi membantu siasatan ialah dua pekerja warga Indonesia berusia dalam lingkungan 20 dan 22 tahun.

 “Polis juga telah merampas beberapa peralatan operasi premis terbabit,” katanya dalam satu pengesahan tangkapan pada Ahad.

 Mengulas lanjut, beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua tangkapan negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

 Jelas beliau, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 24 Ordinan Hiburan 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala kedua-dua warga asing terbabit turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau pas yang sah.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, serta boleh dikenakan sebatan. 

Alexson turut menegaskan, pihak polis akan terus menjalankan operasi dan pemantauan bagi memastikan semua premis hiburan mematuhi peraturan dan syarat lesen yang telah ditetapkan.

 “Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung aktiviti menyalahi undang-undang boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching di talian 082-244444,” ujarnya. 

Related Posts

Lima peniaga putih mata rugi RM28,160 diperdaya sindiket tender palsu

MIRI – Taktik licik sindiket penipuan yang menyamar sebagai wakil agensi kerajaan membawa padah apabila lima peniaga kecil di bandar ini berputih mata selepas mengalami kerugian berjumlah RM28,160 akibat diperdaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kapasiti cecah 4 juta penumpang, Lapangan Terbang Miri terima peruntukan RM445 juta

MIRI – Lapangan Terbang Antarabangsa Miri bakal melalui proses pembesaran dan naik taraf berskala besar selepas Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM445 juta di bawah Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima peniaga putih mata rugi RM28,160 diperdaya sindiket tender palsu

Lima peniaga putih mata rugi RM28,160 diperdaya sindiket tender palsu

Kapasiti cecah 4 juta penumpang, Lapangan Terbang Miri terima peruntukan RM445 juta

Kapasiti cecah 4 juta penumpang, Lapangan Terbang Miri terima peruntukan RM445 juta

Keyakinan Pas semakin tinggi, akar umbi mula persoal keperluan PN menjelang PRU16

Keyakinan Pas semakin tinggi, akar umbi mula persoal keperluan PN menjelang PRU16

Petronas sahkan insiden di FSO Sepat

Petronas sahkan insiden di FSO Sepat

Bukan sekadar sumber kayu, hutan pemacu utama ekonomi hijau Sarawak

Bukan sekadar sumber kayu, hutan pemacu utama ekonomi hijau Sarawak

Arsenal, United tutup tirai EPL dengan kemenangan

Arsenal, United tutup tirai EPL dengan kemenangan