6 suspek kes bunuh pemuda di Pekan Nanas dicekup kurang 24 jam

PEKAN NANAS – Polis berjaya menahan enam lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan seorang pemuda berusia 22 tahun di hadapan sebuah kedai makan dan minuman di Pekan Nanas, dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian berlaku.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Hadzrat Hussien Mion Hussain berkata, kesemua suspek berusia antara 18 hingga 22 tahun itu ditahan menerusi satu operasi khas yang dijalankan bermula jam 8 malam pada 21 Mei hingga 4 pagi keesokan harinya.

Menurut beliau, operasi bersepadu itu melibatkan Task Force Jenayah Kontinjen Johor bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian dengan bantuan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.

Katanya, serbuan dilakukan di beberapa lokasi sekitar Taman Desa Botani, Batu Pahat serta Pangsapuri Awam Lima Kedai, Gelang Patah bagi menjejaki semua suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.

“Hasil semakan mendapati kesemua tangkapan mempunyai pelbagai rekod lampau membabitkan jenayah serta penyalahgunaan dadah,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam operasi sama, polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai digunakan semasa kejadian termasuk sebuah kenderaan pacuan empat roda Nissan Navara, sebuah Toyota Estima, sebilah parang, pelitup muka hitam, telefon bimbit serta pelbagai jenis pakaian.

Nilai keseluruhan rampasan itu dianggarkan mencecah RM120,000.

Sementara itu, hasil ujian saringan air kencing mendapati seorang daripada suspek positif dadah jenis benzo, manakala lima lagi disahkan negatif.

Siasatan awal juga mendapati semua suspek mengaku terbabit dalam serangan terhadap mangsa sehingga menyebabkan kematian.

Kes berkenaan kini dalam siasatan lanjut polis bagi mengenal pasti motif kejadian serta kemungkinan penglibatan pihak lain.

Foto: Polis Daerah Pontian

Related Posts

Kolaborasi Tourism Malaysia dan Cats FM rancakkan pelancongan Sarawak

KUCHING – Tourism Malaysia dengan kerjasama stesen radio Cats FM sukses menganjurkan program Miss SHOPhia Shopping Hunt 2026 bagi mempromosikan pelancongan domestik dan merancakkan sektor peruncitan di Sarawak.   Program interaktif…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan, RM1.5 bilion dana permulaan

SIBU – Sebuah badan khas dikenali sebagai Sibu Economic Zone bakal ditubuhkan dengan dana permulaan sebanyak RM1.5 bilion bagi memperkukuh pertumbuhan ekonomi Sibu dan zon tengah Sarawak. Premier Sarawak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

PRN Johor: BN raih kemenangan, kuasai 48 kerusi DUN

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

Maszlee berjaya tawan DUN Puteri Wangsa

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

PRN Johor: PH terima keputusan rakyat hanya menang lapan kerusi

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

BN lepas majoriti mudah bentuk Kerajaan Negeri Johor

Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu saling hormat demi rakyat – Khaled Nordin 

Kerajaan negeri dan Persekutuan perlu saling hormat demi rakyat – Khaled Nordin 

Wujud ejen tempat mengundi diarah keluar

Wujud ejen tempat mengundi diarah keluar