JPPM tahan lapan individu terbabit pertubuhan awam

PERAI – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) menahan lapan individu termasuk tujuh warga Indonesia dalam satu operasi penguatkuasaan terhadap sebuah pertubuhan dipercayai beroperasi tanpa pendaftaran sah di Taman Pelangi di sini semalam.

Menurut kenyataan JPPM, dalam serbuan kira-kira jam 8.30 malam itu, empat lelaki dan tiga wanita warga Indonesia serta seorang wanita tempatan dipercayai mempunyai kaitan dengan pertubuhan dikenali sebagai Persatuan Anak Rantau Indonesia (PARI).

“Operasi berkenaan diketuai pegawai penguat kuasa JPPM Pulau Pinang, Inspektor Mohd Taufeeq Azmy dengan kerjasama Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Serbuan dijalankan hasil risikan dan maklumat berhubung aktiviti pertubuhan tersebut yang dipercayai bergerak tanpa pendaftaran sah di bawah Akta Pertubuhan 1966.

“Hasil pemeriksaan di premis berkenaan membawa kepada penahanan kesemua suspek untuk membantu siasatan,” katanya.

Tambah JPPM, turut dirampas pelbagai barangan dipercayai berkaitan dengan aktiviti pertubuhan termasuk dokumen pentadbiran, kain rentang program, kad keahlian, cop rasmi persatuan serta beberapa unit telefon bimbit.

“Kesemua individu yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah bagi siasatan lanjut.

“Permohonan reman terhadap mereka turut dibenarkan selama empat hari oleh Majistret Mahkamah Bukit Mertajam, Nurul Rasyidah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pertubuhan 1966 mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” ujarnya.

JPPM berkata, tindakan tegas boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang menubuhkan atau mengendalikan pertubuhan tanpa kelulusan dan pendaftaran sah.

“Kita akan terus memperkukuh pemantauan serta penguatkuasaan bagi memastikan ketenteraman awam dan keselamatan negara terus terpelihara,” katanya lagi.

Related Posts

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

ROMPIN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah semua pihak berhenti mengelirukan masyarakat Orang Asli di Semenanjung dengan istilah tanah adat. Baginda bertitah, perkara itu jelas termaktub…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man mempersoalkan kritikan Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhubung cadangan penubuhan kampus cawangan universiti antarabangsa di Sarawak yang didakwa mampu menjejaskan perpaduan negara. Menurut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

Jangan kelirukan Orang Asli dengan istilah ‘tanah adat’ – Sultan Pahang

Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA

  • By Aden
  • August 18, 2026
Unit K9 benteng negara kesan aktiviti penyeludupan di Pusat Kargo KLIA

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Jangan jadikan pendidikan bahan bakar perkauman, Ahli Parlimen Miri tempelak Ridhuan Tee

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Rokok, arak seludup bernilai RM2.52 juta berjaya dirampas di tiga rumah berasingan

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang