Isu DAP dan Johor tidak sama, BN Johor dilihat bercanggah semangat perpaduan

PULAI – Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat tampil menjawab kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dengan menegaskan bahawa isu melibatkan DAP dan perkembangan politik di Johor adalah dua perkara yang berbeza sama sekali.

Menurut beliau, tindakan DAP menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan pendirian parti selepas keputusan pilihan raya di Sabah merupakan manifestasi tanggungjawab politik terhadap mesej rakyat.

Namun katanya, DAP tetap menyatakan komitmen kepada Kerajaan Perpaduan serta kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebaliknya di Johor, cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan seperti di Melaka tidak diberi pertimbangan sewajarnya. Malah kenyataan untuk Barisan Nasional bertanding semua 56 kerusi DUN sehari sebelum Konvensyen Pakatan Harapan memberi isyarat yang bercanggah dengan semangat kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Suhaizan berkata, apa yang dibimbangkan ketika ini ialah kestabilan dan kerjasama politik yang telah dibina di peringkat Persekutuan tidak diterjemahkan dengan baik di Johor.

Menurut beliau, rakyat mahu fokus kerajaan dan parti politik diberikan kepada isu lebih penting seperti ekonomi, kos sara hidup dan agenda pembangunan negeri, bukannya pertikaian politik yang boleh menjejaskan kestabilan sedia ada.

Beliau turut percaya semangat Kerajaan Perpaduan perlu terus diperkukuhkan melalui keikhlasan, saling menghormati dan kesetiaan kepada agenda bersama demi memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara.

Alif Aziz

Negara Kita Tanggungjawab Kita!

Related Posts

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

PARIT YAANI – Exco Pemuda AMANAH, Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda menyifatkan kenyataan bekas pemimpin DAP, Tony Pua berhubung institusi Raja-Raja Melayu sebagai tindakan tidak wajar dan biadab. Menurut beliau, kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

PAYA RUMPUT – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan sebanyak 800 bilik darjah di seluruh negara akan ditransformasikan kepada ‘AI Powered Classroom’ menjelang akhir tahun 2027 sebagai usaha memperkukuh agenda transformasi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan gesa Zionis bebaskan 25 rakyat Malaysia sertai GSF 2.0

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Kerajaan terus bantu PKS depani tekanan ekonomi global – PM

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

Tony Pua diminta mohon maaf, DAP digesa ambil tindakan disiplin

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

KPM sasar 800 bilik darjah ‘AI Powered Classroom’ menjelang 2027

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

Sekolah Tinggi Segamat raih pengiktirafan seabad, lambang kecemerlangan pendidikan

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat

YDP MPK akui kelemahan diri, mohon maaf isu tular program rakyat