Sarawak bertindak tegas, denda lima syarikat minyak RM120 juta

KUCHING – Kegagalan mematuhi Ordinan Pengedaran Gas 2016 (DGO 2016) membawa padah apabila lima syarikat utama dalam industri minyak dan gas dikenakan denda mencecah RM120 juta oleh kerajaan Sarawak.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi mendedahkan, kementeriannya mengeluarkan lapan notis ketidakpatuhan terhadap syarikat terbabit pada 28 Julai 2025.

“Tindakan tegas ini diambil berikutan tindakan entiti berkenaan yang didapati menjalankan aktiviti berkaitan gas tanpa lesen yang sah di negeri ini,” ujarnya.

Menurut beliau, penalti kewangan gergasi tersebut dikenakan selaras dengan peruntukan yang termaktub di bawah Seksyen 21A, DGO 2016.

“Walaupun perkara ini masih berada dalam proses perundangan, penguatkuasaan masih dilaksanakan berdasarkan undang-undang yang sah dan terpakai kepada semua pihak yang beroperasi di Sarawak,” tegas beliau ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Isnin.  

Ketidakpatuhan syarikat tersebut dilihat membelakangi persetujuan yang dicapai menerusi satu Deklarasi Bersama yang ditandatangani antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Sarawak pada 21 Mei 2025.

Menerusi deklarasi sejarah itu, kesemua pihak termasuk Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dan PETRONAS dikehendaki menghormati ketetapan bahawa semua undang-undang berkaitan pengedaran gas hendaklah wujud secara bersama.

Untuk rekod, perundangan DGO 2016 menetapkan PETROS sebagai Pengagregat Gas tunggal Sarawak.

Syarikat milik penuh kerajaan Sarawak menggalas fungsi utama dalam melaksanakan urusan perolehan, pembekalan, pengedaran, dan penjualan gas asli di seluruh Sarawak.

Mengulas lanjut, Julaihi menegaskan kerangka kawal selia aktiviti industri gas di Sarawak itu digubal dengan matlamat serampang dua mata.

“la bertujuan memberi peluang keterlibatan kepada rakyat dan syarikat tempatan untuk mengambil bahagian dalam industri gas, selain meningkatkan kebajikan rakyat melalui hasil industri tersebut,” jelas beliau.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan kerajaan Sarawak kekal komited untuk terus bekerjasama dengan PETRONAS.

”Kerjasama ini khususnya tertumpu dalam agenda peralihan tenaga dan ekonomi rendah karbon bagi memastikan pelaksanaan Pelan Induk Gas Sarawak (SGR) dapat diperkukuhkan secara teratur dan berlandaskan undang-undang,” jelas beliau lagi.

Related Posts

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

SUNGAI PETANI – Seorang wanita yang masih menyusukan bayi berusia empat bulan dicekup ketika melepaskan gian bersama tiga lagi individu di sebuah rumah di sini kelmarin. Suspek berusia 27 tahun…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor menzahirkan kekesalan terhadap insiden amang seksual songsang yang didakwa melibatkan seorang guru dan pelajar di sebuah sekolah agama di negeri itu. Exco Hal Ehwal…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Wanita masih menyusukan bayi dicekup positif dadah

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Tiada kompromi, Selangor gesa siasatan rapi kes amang seksual guru dan pelajar

Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

  • By Ithma
  • August 19, 2026
Beri perhatian serius harga tiket penerbangan Sabah-Kuala Lumpur

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Isu RCI TH perlu ditangani secara tabayyun, jangan main politik persepsi

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Peruntukan Parlimen perlu dikira berdasarkan jumlah pengundi – Syahredzan

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat

Rakyat Malaysia disyaki ‘scammer’ ditahan di Pakistan, PDRM hantar pasukan penyiasat