Penggunaan teknologi baharu mampu tingkat hasil pertanian – Dr Stephen Rundi

LUBOK ANTU – Golongan petani dan penternak mampu meningkatkan hasil mereka menerusi penggunaan teknologi terkini.

Menurut Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, penganjuran Program Jangkauan Komuniti Pertanian (AGRICOP) mendedahkan penggunaan teknologi baharu dalam kalangan petani dan penternak.

“Program seumpama ini mampu memberi peluang bukan hanya pertanian tetapi memberi maklumat berkaitan inisiatif dan bantuan kerajaan,” ujar beliau.

Tambah beliau, program seperti ini juga bertujuan meningkatkan jalinan kerjasama dengan keluarga tani terutama kawasan pedalaman.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian AGRICOP yang berlangsung di Rumah Robin Epit di sini pada Selasa.

Sementara itu, Dr Stephen Rundi merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena berkata, pihak pertanian boleh mendapatkan maklumat berkaitan dengan permasalahan dalam pertanian di kawasan setempat.

Pada masa yang sama, beliau turut meluluskan dana sebanyak RM10,000 masing-masing kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Robin Epit dan Ahli Jawatankuasa Gerampung Indu Sayat.

AGRICOP merupakan program meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan kemahiran golongan petani melalui pelbagai latihan.

Turut hadir ADUN Tamin Ir Christopher Gira, Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Mikai Mandau, Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Dominic Chunggat, Timbalan Residen Bahagian Sri Aman Charlie Keling, Pegawai Daerah Lubok Antu Akoi Ejau.

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar