Pelabuhan Miri jadi elemen penting pembangunan ekonomi Sarawak – Awang Tengah

MIRI – Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyatakan Pelabuhan Miri merupakan elemen penting dalam pembangunan ekonomi Sarawak serta pemangkin utama dalam menyediakan kemudahan perdagangan dan perkhidmatan.

Menurut Awang Tengah, Pelabuhan Miri memainkan peranan besar dalam transformasi Miri yang berkembang dari pekan sederhana kepada bandar pada 2005.

“Pelabuhan ini merupakan kompenen penting dalam menghubungkan wilayah dan benua kerana lebih 80 peratus perdagangan global dijalankan melalui laluan laut,” ujarnya.

Selain itu, Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan juga mengemukakan beberapa cadangan untuk Pelabuhan Miri di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dan Ke-13.

Cadangan utama termasuk penubuhan Zon Bebas dan pembangunan pelabuhan laut dalam di Kuala Baram yang dijadualkan siap pada 2030.

Beliau mengungkapkan perkara ini dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Dato Majang Renggi, yang mewakilinya pada Majlis Makan Malam Kesyukuran sempena Majlis Pecah Tanah Projek Pengorekan di Delta Batang Baram, Miri, pada Rabu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan juga mengucapkan tahniah kepada semua yang berusaha untuk pembangunan Pelabuhan Miri sejak penubuhannya pada 1981.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, serta Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Dr. Penguang Manggil.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok