Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JOHOR BAHRU – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan hasrat untuk mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi mencari penyelesaian berhubung pendirian kedua-dua gabungan di Johor yang dijangka bertanding secara berasingan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menurut Anwar, pertemuan itu diharap dapat meredakan perbezaan pandangan antara kedua-dua pihak sekali gus mencapai keputusan yang lebih harmoni.

“Saya masih harap, walaupun pengumuman sudah dibuat. Saya akan berjumpa Presiden UMNO, saya (akan) kata rundinglah baik-baik, nak rebut apa?

“Di mana yang silap kita tak diberi tolongnya?. Saya tak kira, saya tolong semua. Jadi kalau berebut ni di bawah, bergaduh. Jadi carilah (penyelesaian) yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Negeri Johor di Dewan Terbuka Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Desa Mutiara, di sini hari ini.

Anwar turut menegaskan pemimpin Pakatan Harapan perlu lebih kerap turun padang dan tidak hanya mendekati rakyat ketika musim pilihan raya.

Katanya, pendekatan ikhlas dan berterusan penting dalam memastikan kepercayaan rakyat terus terpelihara.

Dalam masa sama, beliau berharap pengundi di kawasan berkenaan akan memberi sokongan kepada calon PH sekiranya parti itu bertanding di kerusi berkenaan.

Sebelum ini, Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan BN Johor akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor akan datang selepas mendapat persetujuan kepimpinan tertinggi parti.

Pada PRN Johor ke-15 pada Mac 2022, BN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memenangi 40 daripada 56 kerusi DUN.

PH memperoleh 12 kerusi, Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi, manakala MUDA satu kerusi.

DAP pula memenangi 10 daripada kerusi yang dimenangi PH.

DUN Johor dijangka terbubar secara automatik pada 21 April tahun hadapan.

Related Posts

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

PUTRAJAYA – Hukuman terhadap kesalahan rasuah perlu dikaji semula dan ditetapkan secara lebih tegas termasuk bersifat mandatori bagi memastikan ia benar-benar memberi kesan pencegahan, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

PUTRAJAYA – Mekanisme seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) wajar diwujudkan menerusi Akta Sabotaj Ekonomi Negara bagi mempercepat proses siasatan dan tindakan terhadap pihak yang terbabit rasuah, salah guna kuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Hukuman rasuah perlu lebih tegas, bersifat mandatori – Ibrahim Ali

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

Mekanisme ala ISA wajar diwujudkan bagi mempercepat siasatan, tindakan rasuah

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

e-Invois bantu tingkat pematuhan, kukuhkan kutipan cukai

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Duduk semeja dengan pengamal perundangan, lahirkan undang-undang lebih tegas

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Putra sokong usaha kerajaan banteras rasuah, perkukuh integriti dan tatakelola

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri

Pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu sempadan negara diluluskan Jemaah Menteri