RM1.5 juta atasi masalah banjir Jalan Medoi, penduduk tarik nafas lega

SEKIJANG – Penduduk di Jalan Medoi, Kampung Jawa kini boleh menarik nafas lega apabila kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM1.5 juta bagi mengatasi masalah banjir dan perparitan yang telah lama membelenggu kawasan berkenaan.

Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, isu berkenaan sebelum ini telah dibawa oleh Pejabat Parlimen Sekijang ke Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah (JTPD) Segamat pada Disember 2023 bagi memohon tindakan segera demi keselamatan dan keselesaan penduduk setempat.

Menurut beliau, hasil usaha berterusan pelbagai pihak, peruntukan tersebut akhirnya diluluskan pada 3 Februari 2026 untuk melaksanakan projek pembinaan sistem perparitan konkrit sepanjang kira-kira 1.3 kilometer.

“Projek ini melibatkan pembinaan longkang konkrit, pembentung, saliran ke sungai serta kerja-kerja berkaitan bagi memastikan pengaliran air lebih berkesan sekali gus mengurangkan risiko banjir ketika hujan lebat,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kerja-kerja di tapak telah dilaksanakan secara berperingkat bermula 17 Februari lalu dan dijangka siap sepenuhnya pada 7 Jun 2026.

Tambahnya, pelaksanaan projek itu akan terus dipantau bagi memastikan ia berjalan mengikut jadual serta memberi manfaat menyeluruh kepada penduduk di kawasan terlibat.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Segamat serta pihak konsesi atas kerjasama dalam menjayakan projek berkenaan.

“Inisiatif ini membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat khususnya dalam aspek infrastruktur dan keselamatan penduduk,” ujarnya.

Sumber : FB Drz Parlimen Sekijang

  • Related Posts

    Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

    SARATOK – Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun kerana disyaki mencuri tujuh batang kayu engkabang di tepi jalan Kampung Hilir Kabong, di sini, Rabu lepas. Ketua Polis Daerah…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

    KUCHING – Kementerian Kerja Raya (KKR) memperuntukkan RM80 juta pada tahun ini bagi membaik pulih 99 lokasi kerap kemalangan di Jalan Persekutuan demi meningkatkan tahap keselamatan pengguna. Menteri Kerja Raya,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

    DAP jadi lemah jika keluar dari Kabinet Kerajaan MADANI

    Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

    Cuti Nurul Izzah sebagai timbalan presiden PKR tiada had masa

    Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

    Lelaki ditahan curi tujuh batang kayu engkabang di Kabong

    KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

    KKR peruntuk RM80 juta baik pulih lokasi kerap kemalangan Jalan Persekutuan tahun ini

    Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

    Kebakaran terbuka menurun, JBPM Sarawak tumpu tiga kebakaran hutan berskala besar

    Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion

    Gerakan koperasi Pahang rekod perolehan RM1.13 bilion