Warga emas tersilap tekan minyak rempuh premis di Beseri

PADANG BESAR – Seorang lelaki warga emas berdepan detik cemas selepas kereta dipandunya merempuh sebuah premis perniagaan di Kampung Darat, Beseri di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, kejadian kira-kira pukul 10.20 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Volkswagen Polo yang dipandu lelaki tempatan berusia 69 tahun.

“Berdasarkan siasatan awal, pemandu dipercayai hilang kawalan ketika cuba membuat pusingan U sebelum tersilap menekan pedal minyak.

“Tindakan itu menyebabkan kenderaan terbabit melanggar sebuah Perodua Kancil sebelum meluru masuk ke bahagian hadapan premis perniagaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, akibat kejadian itu, premis terbabit mengalami kerosakan struktur di bahagian hadapan manakala kedua-dua kenderaan turut rosak.

Katanya, Volkswagen Polo tersebut remuk di bahagian hadapan manakala Perodua Kancil mengalami kerosakan di bahagian belakang.

“Bagaimanapun, tiada kecederaan serius dilaporkan dalam kejadian tersebut,” ujarnya.

Tambah beliau, kes kini disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 kerana gagal mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan saman tidak melebihi RM300.

“Polis turut menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan memberi tumpuan penuh ketika memandu terutama semasa melakukan pusingan U atau parkir di kawasan tumpuan awam,” katanya.

Related Posts

Lelaki disyaki pengedar syabu tumpas di Kabong

SARATOK – Seorang lelaki tempatan yang disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah diberkas polis menerusi Op Tapis Khas di sekitar kawasan Kabong pada Selasa. Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jabatan Perikanan analisis menyeluruh kes pencemaran Sungai Kuala Juru

GEORGE TOWN – Jabatan Perikanan Pulau Pinang mengambil tindakan segera melaksanakan persampelan semula di Sungai Kuala Juru susulan laporan pencemaran dan gangguan kualiti air yang dikhuatiri menjejaskan keselamatan hasil laut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki disyaki pengedar syabu tumpas di Kabong

Lelaki disyaki pengedar syabu tumpas di Kabong

Krisis tenaga global: Kerajaan siap siaga hadapi kemungkinan kenaikan harga makanan

Krisis tenaga global: Kerajaan siap siaga hadapi kemungkinan kenaikan harga makanan

Jabatan Perikanan analisis menyeluruh kes pencemaran Sungai Kuala Juru

Jabatan Perikanan analisis menyeluruh kes pencemaran Sungai Kuala Juru

9 pakej Pan Borneo Sabah Fasa 1A siap 2026, 4 lagi menyusul 2027

9 pakej Pan Borneo Sabah Fasa 1A siap 2026, 4 lagi menyusul 2027

UMNO terbuka terima pemimpin dipecat, tertakluk Akta Lompat Parti

UMNO terbuka terima pemimpin dipecat, tertakluk Akta Lompat Parti

Pemuda AMANAH gesa tindakan tegas isu penghinaan sahabat Nabi

Pemuda AMANAH gesa tindakan tegas isu penghinaan sahabat Nabi