Projek rintis EODB Sibu perkasa sistem pelesenan perniagaan Sarawak

KUCHING – Sarawak komited untuk terus memperkasa sistem pelesenan perniagaan di negeri ini menerusi pelaksanaan projek rintis Ease of Doing Business (EODB) di Sibu.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil berkata, langkah itu bertujuan mempermudah dan mempercepatkan proses pendaftaran perniagaan buat golongan usahawan.

Jelas beliau, proses permohonan lesen perniagaan di Sarawak ketika ini melibatkan pelbagai agensi di peringkat Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT), sekali gus menjadikannya lebih terperinci dari aspek pematuhan peraturan.

Menurutnya, urusan pendaftaran perniagaan melibatkan pendaftaran nama syarikat dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi kawasan Kuching dan Pejabat Perbendaharaan Sarawak.

“Ia selaras dengan Ordinan Nama-Nama Perniagaan 1932 dan Ordinan Lesen Perniagaan, Profesion dan Perdagangan 1955.

“Lesen operasi pula tertakluk kepada Ordinan Pihak Berkuasa Tempatan 1996 yang memerlukan kelulusan daripada PBT berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Simon Sinang Bada pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Rabu.

Sehubungan itu, Dr Penguang memberitahu, pelaksanaan projek rintis EODB di Sibu merupakan satu usaha serampang dua mata bagi menyelaras serta memudahkan proses birokrasi berkenaan.

Tambah beliau, inisiatif tersebut jelas mencerminkan kesungguhan Kerajaan Sarawak dalam meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam.

“Pada masa sama, ia mampu mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif serta mesra pelabur di negeri ini,” ujarnya.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

KOTA KINABALU – Kira-kira 250 pelari dari 26 negara dijangka menyertai Mount Kinabalu International Climbathon edisi ke-33 yang akan berlangsung pada 18 Oktober ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Sabah sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills