Buruh dicekup, disyaki rogol remaja 17 tahun

TAWAU – Seorang buruh lelaki warga asing ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes rogol seorang remaja perempuan berumur 17 tahun di sebuah perumahan pekerja ladang di Brumas, di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, suspek anggaran umur 20-an itu ditahan di hadapan perumahan pekerja, kira-kira pukul 12.10 tengah malam.

“Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 11 malam apabila mangsa mendakwa di tahan dan ditarik masuk ke dalam rumah suspek yang dikenalinya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri satu majlis kenduri kahwin.

“Suspek kemudian bertindak menutup mulut mangsa menggunakan kain dan merogolnya,” ujarnya dalam kenyataan media, pada Selasa.

Tambah Jasmin, laporan polis kemudian dibuat oleh bapa tiri mangsa kira-kira pukul 12.55 tengah malam selepas dimaklumkan oleh anak tirinya bahawa dia menjadi mangsa serangan seksual oleh seorang lelaki yang dikenali.

“Sepasukan polis dari Balai Polis Bombalai bersama anggota Polis Bantuan Sabah Softwood Berhad melancarkan operasi mengesan suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol,” ujarnya.

Polis turut merampas beberapa barang kes termasuk sehelai baju, seluar serta tilam yang dipercayai digunakan ketika kejadian untuk siasatan.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok