IPGM beri jaminan siasatan buli telus, tidak kompromi pelanggaran disiplin

KUCHING – Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) memberi jaminan siasatan terperinci dan telus dijalankan susulan dakwaan insiden salah laku disiplin membabitkan pelatih di sebuah kampusnya di Sarawak, baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan rasmi, pihak IPGM mengambil maklum berkenaan isu yang tular tersebut dan menegaskan pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk pelanggaran disiplin.

“Kejadian ini sedang berada dalam siasatan pihak IPGM. Tindakan tegas, iaitu hukuman tatatertib buang IPGM akan diambil ke atas mana-mana pelatih yang didapati bersalah.

“IPGM tidak berkompromi dengan salah laku buli. Pelatih guru perlu berdisiplin serta menunjukkan akhlak dan sahsiah yang baik sebagai bakal pendidik,” jelas kenyataan tersebut pada Isnin.

Isu ini mula mendapat perhatian umum selepas satu draf surat terbuka yang ditujukan kepada pihak pengurusan IPG Kampus Batu Lintang, tersebar di media sosial.

Berdasarkan surat berkenaan, insiden yang didakwa berlaku pada awal pagi Jumaat lalu (8 Mei) itu dikatakan melibatkan sekumpulan pelajar senior dan junior lelaki. Surat tersebut mendakwa berlakunya insiden kekerasan dan gangguan yang tidak wajar sepanjang tempoh tersebut.

Melalui perkongsian yang sama, penulis surat terbuka itu menyuarakan harapan agar pihak pentadbiran dapat menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat perkara ini secara adil dan saksama.

Ia termasuklah cadangan agar Prosedur Operasi Standard (SOP) yang lebih ketat diperkenalkan bagi memastikan insiden seumpama ini tidak berulang, sekali gus menjamin persekitaran kampus yang selamat dan harmoni untuk semua bakal pendidik.

Orang awam dinasihatkan untuk memberi ruang kepada pihak berkuasa dan pengurusan IPGM melengkapkan siasatan mereka sebelum membuat sebarang spekulasi lanjut.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Harimau Malaya tumbang 0-2 di tangan Vietnam

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Kerajaan akan pinda Akta Tabung Haji, mansuh AUKU sepenuhnya – Anwar

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Stabiliti politik penting untuk kesinambungan pembangunan ekonomi – Tian Chua

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

Akar umbi yakin PKR terus perkukuh demokrasi, kepemimpinan parti

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

AUKU langkah ke hadapan, kemenangan besar mahasiswa – Taufiq Johari

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak