80 tahun UMNO: Teguh pertahan institusi Diraja, kesejahteraan rakyat Sabah

TAWAU – UMNO Sabah kekal komited mempertahankan Institusi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah sebagai lambang perpaduan rakyat, kestabilan negeri dan kelangsungan sistem demokrasi berperlembagaan.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Sabah, Samasuddin Yusop berkata, penubuhan UMNO pada 1946 atas asas mempertahankan maruah bangsa, kedaulatan tanah air, hak Bumiputera serta keluhuran Institusi Raja-Raja Melayu menjadi tunjang kestabilan negara hingga hari ini.

“Justeru dalam konteks Institusi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah bukan sekadar simbol pentadbiran negeri, tetapi merupakan institusi yang wajib dihormati dan dipelihara oleh seluruh rakyat Sabah tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

“UMNO Sabah berdiri teguh mempertahankan keluhuran institusi ini demi memastikan keharmonian dan kestabilan negeri terus terjamin,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Menurut Samasuddin, UMNO Sabah percaya bahawa kestabilan politik adalah asas penting kepada kemajuan negeri dan kesejahteraan rakyat.

“Kestabilan Kerajaan Perpaduan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor perlu terus dipelihara demi memastikan agenda pembangunan dan kepentingan rakyat dapat dilaksanakan secara berterusan.

“UMNO Sabah sentiasa menjunjung semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebagai asas pembentukan Malaysia.

“Seterusnya, komited mempertahankan hak dan kepentingan rakyat Sabah termasuk hak-hak Bumiputera secara adil dan berhemah,” ujarnya.

Jelas Samasuddin, ulang tahun ke-80 parti berkenaan merupakan satu perjalanan panjang yang penuh dengan sejarah perjuangan, pengorbanan dan jasa kepada agama, bangsa dan negara.

“UMNO Sabah menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli, veteran perjuangan, jentera akar umbi dan rakyat yang terus bersama mendukung perjuangan parti itu sejak dahulu hingga hari ini.

“Dengan semangat ‘Bersatu, Bersetia, Berkhidmat’, UMNO Sabah akan terus memperkukuhkan perjuangan mempertahankan institusi, memelihara kestabilan negeri dan memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan,” tegasnya.

Related Posts

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

IPOH – Pemuda Parti Amanah Perak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti sumber kekayaan yang dikaitkan dengan anak-anak bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menyarankan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak membawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya, sebaliknya memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Pemuda Amanah Perak gesa SPRM teliti kewajaran kekayaan anak-anak Azeez

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Anwar ke New Delhi sertai Sidang Kemuncak BRICS ke-18

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Mahfuz saran Zahid tidak bawa ‘politik budak-budak’ ke Putrajaya

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Wawasan tembusi tiga bahagian Bersatu Perlis

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Dua kenderaan bertembung, dua maut

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan

Pertikai istilah Kerajaan MADANI hanya helah UMNO mahu PRU16 disegerakan