Tan Sri Mohd Daud, pengarah syarikat didakwa pecah amanah RM10.55 juta

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar dan pengarah syarikat, Datuk Norliza Tajudin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap tuduhan pecah amanah membabitkan RM10.55 juta.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap tujuh pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

“Faham dan minta dibicarakan,” katanya, lapor Harian Metro.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketujuh, Mohd Daud yang dikenali sebagai tokoh kewangan Islam dan Norliza, 54, didakwa bersama-sama sebagai pengarah dan pemegang saham syarikat Energy Eco Sdn Bhd yang telah diamanah wang milik individu, koperasi, dan syarikat dengan jumlah keseluruhan lebih RM10.55 juta melakukan pecah amanah jenayah terhadap harta terbabit.

Tertuduh secara tidak jujur menggunakan harta itu dengan melanggar kontrak nyata yang telah dibuat mengenai penyempurnaan amanah iaitu Shareholders Advance Agreement.

Kesalahan dilakukan di beberapa bank di sekitar Lembah Klang antara Jun 2021 hingga 15 Mei 2024.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 34 kanun sama yang memperuntuk hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Related Posts

Malaysia tidak pernah iktiraf kerajaan baharu Myanmar

KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan Malaysia tidak pernah mengiktiraf kerajaan baharu Myanmar selepas pilihan raya yang diadakan junta tentera secara berperingkat bermula Disember tahun lalu. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tanggungan subsidi kerajaan memuncak kepada RM7.5 bilion pada April

KUALA LUMPUR – Tanggungan kerajaan bagi subsidi RON95 dan diesel memuncak sehingga RM7.5 bilion pada April 2026 susulan krisis di Asia Barat berbanding RM700 juta pada Januari dan hampir RM5…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

153 laporan polis dibuat terhadap Puad Zarkashi, Polis Johor mulakan siasatan

153 laporan polis dibuat terhadap Puad Zarkashi, Polis Johor mulakan siasatan

Pasukan Pelaut dicadang diwujudkan di sekolah, pelajar diberi amaran jangan terbabit buli

Pasukan Pelaut dicadang diwujudkan di sekolah, pelajar diberi amaran jangan terbabit buli

Pembangunan rendah karbon teras Sabah Maju Jaya 2.0

Pembangunan rendah karbon teras Sabah Maju Jaya 2.0

MBSP melarang penjaja niaga di pagar mulai 2027

MBSP melarang penjaja niaga di pagar mulai 2027

Kes Haim Hilman: Masyarakat jangan buat spekulasi sembarangan

Kes Haim Hilman: Masyarakat jangan buat spekulasi sembarangan

Polis Saratok tahan ejen loteri awam haram

Polis Saratok tahan ejen loteri awam haram