Kerajaan MADANI peruntuk RM2.17 bilion laksana 39 projek pembangunan di Sandakan

SANDAKAN – Kerajaan MADANI memperuntukkan sebanyak RM2.17 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) Rolling Plan 1 (RP1) bagi melaksanakan 39 projek pembangunan strategik di kawasan Sandakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud berkata, peruntukan itu membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkukuh pembangunan Sabah secara menyeluruh, inklusif dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat.

“Projek-projek yang dikenal pasti melibatkan pelbagai sektor strategik termasuk infrastruktur jalan raya, bekalan air, pendidikan, keselamatan serta pemuliharaan alam sekitar.

“Bagi tahun 2026 sahaja, sejumlah RM213.32 juta telah disalurkan untuk membiayai pelaksanaan projek-projek terlibat,” ujarnya kepada media.

Tambah Mustapha, daripada keseluruhan projek tersebut, sebanyak 26 projek kini berada dalam fasa pelaksanaan, manakala 12 projek telah memasuki fasa pasca pelaksanaan dan satu projek telah siap sepenuhnya.

“Perkembangan ini mencerminkan tahap kemajuan pelaksanaan yang memberangsangkan selain menunjukkan penyelarasan baik antara kementerian, agensi pelaksana dan kerajaan negeri.

“Antara projek berimpak tinggi yang sedang dilaksanakan termasuk pembinaan Jalan Semawang ke Tanjung Kuala Gum-Gum bagi meningkatkan jaringan perhubungan dan mobiliti rakyat.

“Selain itu, projek Loji Rawatan Kumbahan Sandakan turut dilaksanakan untuk memperkukuh sistem sanitasi bandar, di samping pembinaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan Jeti Mawilla 2 bagi memperkasakan aspek keselamatan serta pertahanan,” kongsinya.

Tambahnya lagi, dalam masa sama, penaiktarafan sistem bekalan air Sandakan turut diberi perhatian bagi memastikan akses bekalan air lebih stabil dan mampan kepada penduduk.

“Secara keseluruhannya, majoriti projek direkodkan mengikut jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan.

“Keadaan ini membuktikan bahawa Kerajaan MADANI bukan sekadar memberi perhatian terhadap tuntutan pembangunan Sabah, malah terus menterjemahkannya melalui tindakan, pelaksanaan dan peruntukan yang nyata,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, kerajaan akan terus memastikan setiap projek yang dirancang dapat dilaksanakan secara berkesan, telus dan memberi manfaat langsung kepada, rakyat selaras aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan pembangunan seimbang, kesejahteraan rakyat dan pengukuhan ekonomi wilayah.

Related Posts

Sabah perlu keluar daripada imej projek sakit – Mustapha

SANDAKAN – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud menegaskan Sabah perlu berusaha meningkatkan prestasi pelaksanaan projek pembangunan bagi mengelakkan negeri itu terus dikaitkan dengan isu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SMJ Energy dinobat Rakan Kongsi Ekuiti Tahunan Anugerah Emerald Petronas 2026

KOTA KINABALU – SMJ Energy Sdn Bhd (SMJ Energy) dinobatkan sebagai Rakan Kongsi Ekuiti Tahunan di Anugerah Emerald Petronas 2026 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan cemerlang syarikat itu kepada sektor huluan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Politik marah bukan penyelesaian: Rakyat mahu kemajuan, bukan naratif penindasan

Politik marah bukan penyelesaian: Rakyat mahu kemajuan, bukan naratif penindasan

Kerajaan perkukuh ekosistem sains, teknologi dan inovasi hadapi ketidaktentuan ekonomi

Kerajaan perkukuh ekosistem sains, teknologi dan inovasi hadapi ketidaktentuan ekonomi

Sabah perlu keluar daripada imej projek sakit – Mustapha

Sabah perlu keluar daripada imej projek sakit – Mustapha

Kerajaan MADANI peruntuk RM2.17 bilion laksana 39 projek pembangunan di Sandakan

Kerajaan MADANI peruntuk RM2.17 bilion laksana 39 projek pembangunan di Sandakan

SMJ Energy dinobat Rakan Kongsi Ekuiti Tahunan Anugerah Emerald Petronas 2026

  • By Ynom
  • May 11, 2026
SMJ Energy dinobat Rakan Kongsi Ekuiti Tahunan Anugerah Emerald Petronas 2026

Lawatan Diwarmas ke Brooke Dockyard imbau memori silam warga emas

Lawatan Diwarmas ke Brooke Dockyard imbau memori silam warga emas