Sabah semak semula strategi pelancongan susulan cabaran penerbangan

KOTA KINABALU – Sabah mengambil pendekatan lebih adaptif terhadap hala tuju sektor pelancongannya susulan keadaan industri penerbangan global yang terus berubah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, perkara tersebut disebabkan oleh ketegangan geopolitik, peningkatan kos operasi serta perubahan kapasiti syarikat penerbangan.

“Perancangan pelancongan negeri akan dilaksanakan secara fleksibel berdasarkan perkembangan global yang mempengaruhi penerbangan dan permintaan pelancong antarabangsa.

“Kita sudah melihat perubahan ini memberi kesan kepada kapasiti syarikat penerbangan, termasuk penggantungan laluan dan pengurangan kekerapan penerbangan yang menjejaskan hubungan ke Kota Kinabalu.

“Kita memantau rapat perkembangan ini bagi memastikan perancangan pelancongan kekal responsif,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.

Dalam pada itu, Jafry berkata, perkembangan tersebut mencerminkan faktor luaran yang lebih luas dan boleh mempengaruhi ketibaan pelawat serta trend hubungan udara secara keseluruhan.

Tambahnya, perancangan prestasi ketibaan pelancong dibuat berdasarkan penilaian berasaskan senario yang mengambil kira pelbagai persekitaran operasi termasuk gangguan luaran berpanjangan, keadaan stabil semasa dan potensi pemulihan kapasiti penerbangan.

“Sehingga Mac, jumlah ketibaan masih berada di landasan untuk mencapai sasaran asal iaitu empat juta ketibaan, namun sasaran itu mungkin disemak semula bergantung kepada perkembangan semasa dalam hubungan penerbangan dan keadaan pasaran.

“Pendekatan ini turut disokong oleh risikan pasaran berterusan, penyelidikan serta penglibatan industri yang diterajui oleh Sabah Tourism Board (STB) termasuk penyelarasan bersama rakan syarikat penerbangan bagi memperkukuh perancangan hubungan udara dan menyokong keputusan berkaitan strategi pelancongan,” katanya.

Justeru, Jafry menegaskan komitmen Sabah untuk terus mengekalkan pertumbuhan sektor pelancongan sambil kekal fleksibel dalam menghadapi perubahan keadaan penerbangan semasa.

Berdasarkan statistik awal, Sabah merekodkan sebanyak 932,970 ketibaan sehingga Mac 2026 yang terdiri daripada 537,317 pelawat domestik dan 395,653 pelawat antarabangsa.

Sebagai rekod, antara laluan yang terjejas ialah Singapura-Kota Kinabalu oleh AirAsia yang digantung sementara laluannya bermula 13 Mei hingga 30 November, Jakarta-Kota Kinabalu dari 16 April hingga 21 Mei dan Ho Chi Min-Kota Kinabalu bermula 1 Julai depan.

Selain itu, Batik Air turut menggantung laluan Seoul-Kota Kinabalu berkuat kuasa 28 April, manakala di peringkat domestik, AirAsia akan menggantung sementara laluan Sibu-Kota Kinabalu dan Bintulu-Kota Kinabalu dari 8 Jun hingga 30 Jun ini.

Related Posts

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

PUTATAN – Keperluan fasiliti sukan, dana program belia, kos sara hidup dan peluang pekerjaan antara isu utama disuarakan golongan belia Sabah untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan Belia MADANI 2027. Timbalan Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis buru suspek curi Hilux di Perumahan Bukit Ubi

KUANTAN – Polis sedang mengesan seorang lelaki disyaki mencuri sebuah Toyota Hilux berwarna putih di Lorong Bukit Ubi 59, Perumahan Bukit Ubi di sini, petang kelmarin. Kenderaan itu dilaporkan hilang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik